Tuesday, May 29, 2012

Cuti sekolah

Perbualan telefon menjelang cuti sekolah.

Mama: Cuti sekolah ni tak balik kampung ke?
Anak: Tak bolehlah Ma, budak-budak ni ada kelas tambahan sehingga hari Khamis, lepas tu saya pulak ada banyak meeting minggu berikutnya .
Mama: Kalau macam tu tak apalah...nak buat macam mana...
Anak: Ma datang sini je lah, boleh bawak jalan-jalan hujung minggu
Mama: Malaslah Ma nak pergi rumah kau...kau bukannya ada di rumah, balik pun petang-petang hari. Bosan Ma seharian seorang diri dalam rumah kau tu....macam penjara
Anak (dengan nada yang sedikit marah): Kalau macam tu apa nak buat...bukannya saya tak ajak datang ke rumah...Ma yang tak nak
Mama (dengan nada yang kecewa): Tak apa lah, Ma boleh duduk sorang2...insyaAllah tak apa.

Mama letak telefon. Hatinya sedih....fikirnya Anak tidak kisahkan dia lagi. Anak tak mengingati dia lagi. Hati Anak pula bercampur baur antara marah, kesian dan rasa bersalah.

Anak-anak Mama
So, macam mana ek? Hmmmm.....setelah difikir-fikir dan setelah aku letakkan diriku di tempatnya, dapat ku rasakan kesunyian yang melanda diri Mama. Aku juga faham yang Anak pula ada tanggungjawab, sama ada di rumah atau pun di tempat kerja yang perlu dibereskan. Itu pun penting juga. Tetapi, setelah dicongak kiri dan kanan dan dikira atas dan bawah, aku fikir hal ehwal Mama lebih utama dan penting. Masa cuti begini perlu dimanfaatkan untuk berada bersama dengannya....haisy....kalau nak ikutkan meeting tidak akan habis, kerja tidak pernahnya sudah....tapi Mama hanyalah satu-satunya...tiada dua, tiada pengganti...justeru pikir-pikirkanlah wahai Anak...carilah peluang dan ruang untuk Mama, kalau tidak di musim cuti sekolah, maka carilah di waktu lain. Berkorbanlah demi Mama sama seperti dia telah berkorban untuk Anak semasa kecil dahulu.



3 comments:

  1. Semoga kita balik minggu depan dapat menghilangkan kerinduan ma w/p hanya sekejap!

    ReplyDelete
  2. Aku tersepit antara dua tanggungjawab.....faham2 sendirilah..akhirnya aku juga yang kesedihan sendirian!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah payoh tu...pikir kanan dok kena...pikir kiri serabut...entahlah

      Delete