Wednesday, May 23, 2012

Sakinah dan piramid

Sakinah: Kalau mengikut piramid makanan, makanan apa yang kita boleh makan dengan banyak
Mama: Entah....sayur-sayuran dengan buah-buahan kot
Sakinah (dengan bangganya): Salah! Kita boleh makan nasi dengan banyak sebab ia terletak di paras paling bawah dalam piramid
Mama: Eh...bukan sayur-sayuran ke?
Sakinah: Sayur-sayuran dan buah-buahan paras ke dua dalam piramid
Mama (agak konpius): Mana boleh makan nasi banyak-banyak...nanti obesiti dan kencing manis...
Sakinah: Habis tu Sakinah belajar macam tu dalam buku sains
Mama: Kalau macam tu...betullah cara pemakanan mama...makan nasi banyak...patutlah badan mama pun dah macam piramid...kecil di atas...besar di bawah...kikikiki....
Sakinah: Mama ni...ada-ada je...
Mama (masih ketawa): Kena tukar lah buku tu....macam tak betul je ....

2 comments:

  1. Ohh ye ke,biar betul!Macam tak betul je ni!

    ReplyDelete
  2. salah...sebenarnya perlukan tenaga...kabohidrat pembekalnya bukan bererti makan banyak...kalu banyak makan tu jadi lebih lemak yang tak ditukar ke tenaga....

    ReplyDelete