Tahun ini semuanya teruja kerana buat kali ke tiga Kelantan ke aksi final Piala FA. Lawannya adalah Sime Darby, kelab dari Liga Perdana. Bermacam aksi menjelang dan semasa final dalam keluarga ku yang, bak kata Sakinah, " Haisy...keluarga ni keluarga gila bola lah!":
Sejak awal pagi lagi suamiku sudah bersemangat untuk ke Stadium. Tiket telah dibeli. Oleh kerana belum ada peluang lagi untuk beli baju rasmi red warriors...pakai ajelah 't' shirt merah. Jam 5 ptg dah bertolak ke stadium dengan kawan-kawan seangkatan. Aku berpesan " kalau nampak macam nak kalah...baik balik aje...awak tu tiap kali gi SNBJ ... mesti Kelantan kalah". Suami ku marah, " Aisy....mesti menang punyalah...lawan Sime Darby je"..." Apa...ingat Sime Darby tu koman ke?" aku berkata. Rasanya kata-kataku itu tidak sempat dia dengar, kerana sekelip mata je dia dah naik kereta dan keluar dari perkarangan rumah.
Menjelang jam 6 petang...Shukri bertanya.."kita makan apa malam ni?" "Eh...nasi kan ada", aku kata. "Alah...Final FA mesti makan sedap-sedap sikit", sambung Shukri. "Habis tu...nak makan apa? Bolehlah kot kalau nak makan snek masa tengok bola", termakan juga aku dengan alasan Shukri tu.
"Pergi panggil Abang...suruh dia pergi beli Dominos Pizzalah", kata ku. "Yay!! " kata Shukri.
Pukul 8 malam, TV dipasang pada Channel 801 Astro Arena. Semua dah siap mandi dan solat....nasi dah makan...pizza dah ada. Mak oi...ramai nya penyokong TRW ....sampai merah SNBJ. Bunyi bising yang teramat sehinggakan suara pengulas Zainal Abidin kedengaran sayup-sayup. Anak-anak ku dah tak sabar menunggu sepak mula. Sementara itu sekeping demi sekeping pizza dimakan. "Hai...bola belum lagi mula...pizza dah nak habis..." aku berkata. " Shukri dan Fikri tersengih aje. Begitulah gelagat anak-anak lelaki. Sakinah pula lain ceritanya. Dia, kalau Kelantan lawan bola akan seram sejuk kaki dan tangannya...bimbang Kelantan kalah. Sakinah peminat setia Apex. Kalau Apex terlompat atau terbaring untuk selamatkan gawang dari dibolosi...ayat yang dia akan sebut adalah "Kesian Apex...defenders lain buat apa?"
Separuh masa pertama aksi agak slow...Sime Darby menggunakan formasi yang agak defensive...tidak banyak menyerang. "Alah guna strategi Chelsea masa lawan Barca semasa Liga Juara2...tak bestlah", komen Shukri mengenai taktik Sime Darby. Walau pun begitu ada juga serangan2 dari Kelantan yang boleh menghasilkan gol...tapi belum ada rezeki. Masuk separuh masa ke dua aku pulak jadi gusar. Haisy....bila nak score ni? Aku dah tak senang duduk...sekejap bangun pergi masak air....sekejap pergi basuh pinggan. Tiba-tiba Obinna dijatuhkan....Kelantan dapat penalti! Seronok Sakinah dgn Shukri. Fikri seperti biasa...cool aje. Entah apa yang berlegar di benak fikirannya. Masa Ghaddar ambil sepakan penalti, aku memang tak boleh tengok...bimbang tak masuk seperti yang berlaku semasa Mat Yo ambil penalti pada perlawanan sebelum ini. Aku sembunyi di dapur. Shukri menjerit suruh aku tengok..."Alah mama, mesti gol punya...Ghaddar ambik". Betul tekaan Shukri. Kelantan berjaya membuat jaringan. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat masa perlawanan.
|
siapa yang akan menang? |
Selepas perlawanan dapat panggilan dari suamiku yang menyatakan keadaan lalulintas yang berasak-asak untuk keluar dari kawasan stadium. Dia tiba ke rumah agak lewat. Macam-macam cerita yang dibebelkan kepadaku setiba di rumah. Perihal pemain Kelantan yang menjemput TSAM turun ke padang untuk sama2 berarak dengan piala pun ada. Tapi, walau pun seronok dengan kemenangan, nampaknya suami ku masih tidak puas hati kerana dia kurang gemar dengan cara permainan Kelantan yang nampak 'kurang usaha' untuk menambah jaringan.
Itu cerita Piala FA. Malam ini ada perlawanan di antara Kelantan dengan Terengganu, untuk saingan peringkat AFC. Hmmmm...ini dilemma sikit...aku org Terengganu...perlu sokong Terengganu ke?