Tuesday, January 22, 2013

Pilihan....tepat atau tidak?


Hidup manusia pada setiap saat mesti membuat pilihan. Kiri ke kanan? Betul atau salah? Nak pergi ke tak nak pergi? Nak makan ke tak nak makan? Kalau nak makan apa yg nak di makan? Di mana? Pukul berapa? Semuanya perlu kepada satu keputusan. Lemahnya manusia terserlah pada waktu ingin membuat keputusan dan setelah keputusan diambil. Sebab itu ada lirik lagu...'walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan...mengapa sering terjadi pilihan tidak menepati...'
 
Kenapa pilihan atau keputusan sering tidak tepat? Pada hemat aku kerana adalah mustahil bagi manusia untuk mengetahui segala-galanya sebelum membuat keputusan...Allah sahaja yang maha mengetahui...kita manusia ini tahu sikit-sikit saja...Oleh sebab itu, satu petua yang diamalkan sejak dulu adalah untuk bertanya...ada pepatah mengatakan 'malu bertanya sesat jalan'...Ok...kalau nak bertanya pula sudah pasti ada kaedahnya dan hirarkinya. Untuk keputusan nak makan minum tu...orang kata 'tepuk dada tanya selera'...untuk keputusan nak pakai baju apa tu...orang kata 'tepuk dada tanya iman'...tetapi kadang kala dalam hidup ada keputusan besar yang perlu dibuat yang tidak mungkin dibuat secara individu. Contohnya keputusan nak beli kereta, rumah, nak pergi melancong, memilih kerja dll. Untuk keputusan jenis ini perlulah kita bawa berbincang dengan 'stakeholders'. Siapa 'stakeholders' kita? Kalau bab stakeholders ini...aku rasa stakeholders utama yang tidak boleh diabaikan langsung adalah keluarga. Ibubapa sebagai yang utama, suami/isteri untuk yang sudah berkahwin, diikuti adik beradik, mak sedara, bapa sedara dll. Orang kata 'more heads are better than one'. Lagi kompleks dan pentingnya sesuatu keputusan...maka lagi rumit dan komplekslah pertimbangan yang perlu dibuat. Lebih-lebih lagi keputusan yang melibatkan masa depan.
 
Terkini aku banyak dengar (almaklum kerjaya aku yang bergelumang dengan pelajar di menara gading) dan baca berita tentang kaedah mencari jodoh dalam talian (kalau google "cari jodoh online" aku boleh dapat lebih 8 juta hits). Caranya mudah saja, mereka yang ingin mencari jodoh isi borang dan submit. I suppose adalah 'matchmaker' yang akan menentukan atau menyenarai pendekkan mereka yang sesuai with each other. Kaedah sebegini tentulah banyak risikonya. Untung-untung dapat yang elok...kalau tak untung macam mana? Orang ni ada macam-macam...mustahil untuk kita kenal betul-betul (lihat
  
Agaknya zaman serba canggih ini mungkin that is one way to find a future husband/wife. Tetapi aku terfikir pulak...mana dia peranan ibubapa dalam hal ini? Kalau ikutkan, seorang anak perempuan yang masih dalam tanggungjawab ibubapa (malah bapa adalah walinya) tidak boleh tidak perlulah memohon keizinan ibubapa terlebih dahulu sebelum mengisi sebarang borang mencari jodoh. Apakah dalam soal yang begitu penting kita ketepikan ibubapa? Hatta kita nak pergi ke kedai pun ibubapa yang temankan, ini kan pula bab mencari jodoh. Sebagai ibubapa pula, kalau dah anak terasa ingin sangat untuk kahwin dan tiada calon (sekarang ini banyak juga kes macam ini), perlulah pula bawa berbincang dengan sanak saudara, untuk memilih calon yang sesuai. Masa ini lah gunanya sanak saudara dan sahabat taulan yang terdekat.
 
Fenomena (memang fenomena...kalau dah lebih 8 juta hits!!) ini membuat aku terfikir....apa yang mendesak mereka untuk mengisi borang dalam talian dalam usaha mencari jodoh? Lebih-lebih lagi kalau empunya batang tubuh itu masih muda; kalau dah 'tua' sikit tu aku fahamlah...biological clock dah nak 'mati'. Perbualan ku dengan anak-anak didik ku memberikan sedikit pencerahan. Yang pertama adalah 'pressure'; sama ada 'peer pressure' atau 'pressure dari keluarga' . Kita biasa dengar ungkapan di kalangan siswi (terutamanya) "eh, kita kalau tak dapat calon suami semasa di Uni, ni...nanti takut tak laku bila dah grad..'. For you people out there, listen, listen, listen (he,he,he...) 'please do not get married because of peer pressure'. Peer pressure ini menjadi semakin menekan apabila ramai pula di kalangan rakan sekuliah, serumah, se asrama dll yang dah berkahwin atau akan berkahwin. Ini membuatkan mereka yang masih tiada calon rasa ketinggalan dan ala-ala 'tak laku'...that is a big stigma to have on your shoulders!!Kalau calon dah 'tua' sikit...tekanan utama datangnya dari keluarga. Setiap hari membebel bila nak kahwin...umur dah lanjut etc.etc.etc. Bingit punya pasal, anak-anak mungkin terdesak untuk cari calon. Kadang-kadang fikir, ibubapa pun satu hal, kalau anak belum lagi ada jodoh...apasal nak pressure anak suruh/paksa kahwin...mungkinkah ibubapa pula rasa malu kerana stigma 'anak tak laku?' Hmmm....parents pun kena lebih matang dalam menangani isu ini. Mentang-mentang anak si polan dah kahwin/tunang kita pun sama nak pressure anak kita untuk lakukan yang serupa...apa tu?
 
Yang kedua adalah sebab untuk mendapat/mengejar 'pahala'. Ini rumit sikit untuk dihuraikan. Aku bab-bab seperti ini tak berani...nantikan ada pula yang dakwa aku beri amanat (he,he,he...). Hujah dosa/pahala ini aku dah dengar sejak tahun 70an lagi, masa aku di UK. Masa itu ramai yang kahwin muda untuk hindar dari buat dosa atau untuk raih more pahala. Ramai (perempuan mostly) yang tercicir dari pelajaran. Pada waktu itu aku fikir, mereka ini (yang tercicir) telah gagal melakukan tanggungjawab terhadap rakyat kerana mereka dibiaya oleh titik peluh rakyat...dosa ke pahala tu? Itu bukan hak aku untuk menjawab. Pahala hak mutlak Allah untuk berikan kepada hambanya yang beriman dan bertakwa dan berkahwin is NOT the ONLY WAY untuk dapatkan pahala atau redha Allah. Silap haribulan niat nak dapat pahala, tetapi apabila dah kahwin baru tahu berat tanggungjawab isteri/suami ...nanti tak larat nak bawa...nanti jadi suami dayus dan isteri nusyuz pula :(
 
Walau apa pun sebab...perlu diingat bahawa...there is a time and place for everything...tidak perlu rasa terkejar-kejar atau tertekan untuk kahwin (http://webblog.myjodoh.net/2007/11/29/bawa-bersabar-memilih-jodoh-dan-jangan-tergesa-gesa/). Apabila tiba masanya....dah 'kuch, kuch hota hai' bawalah berbincang dengan ibubapa...dengar pendapat 'stakeholders' and make an informed and concious decision.
  Wallahualam.