Friday, March 22, 2013

Pilihanraya

Biasalah...dah dekat nak pilihanraya ni ramai pula yang berminat dengan politik. Ok...kalau kita nak mengundi apakah yang menjadi pertimbangan kita? Pemilihan kita berdasarkan calon atau parti yang diwakili calon atau mungkin calon bebas? Amalan aku over the years adalah:
 
First consideration adalah parti yang didokong oleh calon. Kenapa?
 
Kerana.....Parti adalah sebuah entiti yang mewakili prinsip yang hendak diperjuangkan dan ditegakkan apabila ia menang nanti.  Dalam sistem di Malaysia sekarang kalau kita tidak mewakili mana-mana parti (calon bebas) mana mungkin kita membentuk kerajaan dan memerintah (kecuali lepas dah menang kita 'lompat' ke mana-mana pihak yg boleh membentuk kerajaan----orang macam ini tiada prinsip---cuma menangguk di air keruh). Oleh kerana sistem ini maka kita perlulah memilih atas dasar parti manakah yang kita ingin melihat memerintah serta melaksanakan prinsip yang diperjuangkan di Malaysia. Kalau pegangan hidup adalah Islam, sudah tentu parti yang mendokong perjuangan Islam akan menjadi sandaran. Secara peribadi, atas asuhan dan didikan arwah Bak, aku amat alergik dengan perjuangan (serta orang-orang yang berjuang) berasaskan atau berselindung disebalik slogan "melayu, agama dan 'raja'". Mereka yang bergerak dengan slogan ini mempelopori  fahaman 'Melayu => Islam'. Aku rasa ramai yang cetek 'politik Malaysia' yang telah pun terpedaya dengan isu ini. Mereka yang menjaja perkara ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan menyatakan kalau orang Melayu 'hilang kuasa' maka Islam akan hapus di bumi Malaysia. Akan ramailah orang yang akan masuk Kristian dll. Kepada mereka ini aku cuma ingin bertanya. Sekarang ini siapa yang 'berkuasa' di Malaysia? Parti yang diwakili PM kita tu bukan ke parti Melayu? Lepas tu fikir pulak di mana letaknya penghayatan Islam di Malaysia? Berapa ramai bayi yang dibuang? Maksiat berleluasa....budaya hedonistik bermaharaja lela. Dan berapa ramaikah yang telah murtad? So, apa yang telah dibuat oleh pemimpin melayu itu? So...apakah benar kuasa Melayu => Islam?
 
Justeru perlulah balik kepada prinsip perjuangan parti. Pilihlah parti yang betul prinsipnya, yang telah lama berjuang untuk menegakkan hukum Allah dan yang akan membawa kita selamat di dunia dan di akhirat... insyaAllah.
 
Pertimbangan kedua yang sama pentingnya adalah calon. Ini penting kerana, mereka ini akan menjadi pelaksana prinsip. Kalau calon nampak macam ala kadar je maka kita pun mari berfikir juga...eh, boleh ke dia ni buat kerja nanti? Nantikan lompat apabila menang...satu hal lah pulak? Semua itu menjadi pertimbangan semasa memilih calon. Perlu diingat dugaan jadi calon ini bermula selepas hari penamaan calon. Akan adalah agen-agen pihak tertentu yang akan cuba membeli calon dengan pelbagai cara. Ada calon yang kena kidnap...malah ada calon yang disogokkan dengan wang tunai (satu briefcase...hi,hi,hi..) supaya berpaling tadah. Ini semua kisah benar dari arwah Bak. Pemilihan calon ini penting kerana apabila dia lompat dia akan bawa dengannya kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya (dalam sistem demokrasi di Malaysia). Justeru lepas diuji barulah boleh kata calon berwibawa atau tidak....tidak perlu mendabik dada dan claim Undilah "calon muslim berwibawa" seperti yang sedang dijaja ISMA melalui 'tagline' arus baru dan parti Berjasa yang 'dipinjam' untuk masuk pilihanraya. Semua ini..makes me wonder...apakah ini tindakan yang mencerminkan 'kewibawaan'? Selagi calon tersebut belum diduga atau diuji, siapalah kita untuk claim diri kita ini berwibawa?
 
Justeru, calon yang ingin diundi mesti dilihat sekali gus dgn track recordnya dan track record parti yang diwakilinya. Bak kata orang puteh....'calon comes and goes but the party is the one that stays'.
 
 
Pandangan di atas adalah berdasarkan senario politik semasa di Malaysia. Pada masa akan datang, apabila rakyat sudah semakin matang aku yakin 'political dynamics' akan berubah dan hujah di atas juga mungkin sudah tidak sesuai. Mungkin.
 
 
Harapan: Tidak lama lagi kita akan berpilihanraya....Rasa teringin sangat nak menikmati perubahan (atas pelbagai sebab ...'to experience a new and better world...sort of'). Kerajaan baru ini pula, kalau tidak perform akan diturunkan pula pada pilihanraya seterusnya....begitulah tindakan rakyat yang cerdik akal dan celik politik dalam sebuah negara maju.
 
Aku amat berharap pilihanraya kali ini adalah dalam bentuk 'satu lawan satu'....supaya kita ada real chance to see a different government in Malaysia. This is the strategy that was crafted over a few elections ago. It is a political strategy and I think it can work. Justeru apabila ada yang tiba-tiba nak kacau daun dan menghuruharakan strategi yang telah sekian lama dibina oleh pakatan pembangkang, maka aku menjadi amat kecewa. Aku berfikir sendirian..."masa ini lah kau nak kacau daun.....kalau dah sibuk sangat nak berpolitik...sokong ajelah salah satu group yang sedia ada....tak perlu kacau strategi yang ada.....KECUALI memang itulah sebenarnya tujuan mereka". Wallahulam.