Showing posts with label Sakinah. Show all posts
Showing posts with label Sakinah. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

Sakinah dan Shukri


Sakinah

"Sakinah dan Shukri,
Tolonglah kemas rumah....basuh pinggan dan lipat baju
Tolong vaccum carpet dan tapis air untuk minuman
Nanti Mama balik dengan senyuman :-) "

Begitulah bunyi sms ku kepada Sakinah dan Shukri
Mereka berdua di rumah menikmati cuti sempena Deepavali

Balas Sakinah....

"Mama....Shukri tak nak tolong kemas rumah
Dia suruh Sakinah buat sorang2 :-( "

Itu memang jawapan standard Shukri apabila diminta buat kerja
Tapi biasanya dia akan buat juga....dengan caranya yang "slow and steady"

Aku balas mesej Sakinah

"Mesti sama-sama buat, nanti mama akan beli hadiah..."

"Yay! Belikan slurpee untuk Kinah....tak payah beli untuk Shukri", jawab Sakinah

Itulah dia Sakinah dan Shukri.
Sekejap lagi aku akan pulang ke rumah.

Shukri

Harap-harap aku kan tersenyum lebar melihat rumah ku yang bersih.

Wednesday, October 13, 2010

Seni Sakinah


Ini dia usaha Sakinah untuk mereka bentuk muka depan majalah .... pening-pening dia memikirkan konsep...lepas tu suruh pulak kita print in colour....bawak pergi sekolah gurunya kata bukan ini yang dia mahu....dia mahu something very simple aje....alahai. Walau apa pun Sakinah tetap berbangga dengan hasil seninya ini :-)