Thursday, December 26, 2013

Dunia yang sementara

Kadang-kadang tersentuh dan disedarkan tentang 'kesementaraan' dunia....


Kita makan makanan paling sedap pun ....kesedapannya hilang 'with the last bite of food'
Kita beli barangan (kereta, handphone/handbag/kasut/minyak wangi/ baju dll) berjenama, paling mahal pun...keseronokan, keghairahannya akan pudar apabila timbul pula jenama lain menjadi ganti
Kita pergi holiday di tempat paling mewah pun, apabila kita pulang ke rumah maka hilang juga rasa seronok itu...yang tinggal hanyalah gambar kenangan
Kita bertekun melihat siaran TV, drama ke, bolasepak ke....semua itu menceriakan kita pada waktu itu sahaja...masa yang sudah tergadai itu tidak dapat lagi dikembalikan
Tinggi mana pun pangkat dan darjat kita....semuanya akan luput apabila usia meningkat dan kuasa sudah hilang

Kita buatlah apa sahaja didunia ini ...semuanya adalah sementara....kecuali apa yang kita lakukan itu ada saham akhiratnya

So, apa dia?

Kalau ada duit kita dermakan duit kita kerana Allah untuk mereka yang memerlukan
Kalau ada masa kita gunakan untuk tambahkan amal ibadat kita...yang wajib dan yang sunat
Kalau berkelana mengembara biarlah untuk mengeratkan silaturrahim...yang jauh atau dekat sama ada dengan keluarga atau rakan taulan
Kalau berholiday gunalah kesempatan untuk mentadabbur ayat2 Allah menikmati alam ciptaan Ilahi supaya menjadikan kita bersyukur dan mengkagumi kuasa Allah agar menimbulkan dan meneguhkan iman di dada
Kalau ada umur buatlah perkara yang makruf....jauhilah yang mungkar...agar menjadi peneman dan penolong di akhirat nanti, insyaAllah


Rumah yg suatu ketika dulu megah dan meriah...kini usang tidak berpenghuni

Conversations with a friend

The age old adage says that if we cannot do the things that we love than we should love what we do. I just had a conversation with a friend who had tried the latter all his working life. He has finally decided to give up. He told me that nowadays it is becoming harder and harder for him to love what he does. For him job satisfaction is something that he has not felt in a long time. Every working day is a challenge and a burden to bear and every weekend is something that he wished will never end. I understand him perfectly and fully supported his decision to quit his job (opting for pension) in order to pursue 'his own stuff' as he so aptly mentioned to me. I respect his courage to be true to himself and to not let 'things' dictate him anymore.

It is enlightening to have such a conversation at this time of the year. It made me realize certain things about my own 'life'. With the new year just around the corner maybe it is time for me to examine how I want to live it ....and not let 'things' dictate me anymore. Only then 2014 will bring more fulfillment and satisfaction...insyaAllah :)

Wednesday, October 16, 2013

Manusia sebagai khalifah

Pagi tadi 'terserempak' dengan program dalam Astro Awani...wawancara dengan Prof Dato Dr Mohd Yusof Hj. Othman...isu Sains Teknologi dan Islam. Aku ni memang minat betul dengan Dr Mohd Yusof ni sejak aku mula kerja di UKM. Prof Mohd Yusof is a Physicist by training. Prof Mohd berjaya membangkitkan minat aku yang ingin sangat menghubungkan Islam dengan Sains Teknologi. So, pagi tadi sempat lah juga browse Internet untuk mendapatkan hasil karya/buah fikirannya ...dan terjumpa interview dengan majalah online, majalah sains:  http://www.majalahsains.com/2009/08/bangunkan-sains-dalam-acuan-islam-prof-dato-dr-mohd-yusof-hj-othman/

Antara yang menarik dalam interview online ini adalah kita tidak boleh hanya menekankan ilmu fardhu ain apabila bercakap tentang islam. Ilmu fardhu ain sudah tentu mesti dimiliki (dihayati dan diamali) oleh mereka yang mengaku islam, tetapi ilmu fardhu kifayah seperti sains teknologi juga sama pentingnya.Contohnya ilmu tentang pemprosesan/perawatan/pengurusan air...jika tiada yang belajar selok beloknya, iaitu sains dan teknologinya maka kita nak ambil wudhu macam mana? Nak minum air bersih macam mana? Aku setuju sangat bila dia (prof mohd) kata orang yang mengajar agama dengan hanya menekankan yang 'ain' dan tidak menghubungkan agama dengan kehidupan, mereka ini 'jadi sekular'.  


Jika dipetik sebahagian lain dari interview tersebut: "..... tujuan manusia diciptakan oleh Allah swt ialah untuk menjadi khalifahnya. Khalifah ini tidak boleh dilaksanakan tanpa ilmu pengetahuan iaitu sains itu. Bagaimana saya nak bela kambing, bagaimana saya nak bercucuk tanam dan segala-galanya, kalau tanpa sains? ..... Jadi, kita kena sedar, dalam konteks Islam, tujuan agama itu bukannya amalan-amalan ritual semata-mata. Dan, sebab itu, Islam tidak memisahkan amalan ritual dengan bentuk yang lain-lainnya. - See more at: http://www.majalahsains.com/2009/08/bangunkan-sains-dalam-acuan-islam-prof-dato-dr-mohd-yusof-hj-othman/#sthash.oDfUIfck.dpuf

Sikit sebanyak membaca tulisannya serta mendengar wawancara di Awani tadi berjaya merungkai beberapa kekusutan minda yang aku alami sejak akhir-akhir ini. Antara yang menjadi kerisauan di hati adalah apakah peranan aku sebagai 'pengajar ilmu bukan agama' ini 'dikira' sebagai satu ibadah? Apakah kebaikannya mengajar/menyelidik benda2 seperti itu? Apakah semua yang aku buat ini sia2 di sisiNya? Setelah dibaca baru aku faham sikit....ilmu yang cuba aku cari, fahami dan kemudian diajar memang bukannya fardhu ain, tetapi ia sama pentingnya kerana ia adalah untuk membantu manusia mengurus manusia lain; ia adalah untuk membantu manusia mengurus persekitarannnya, malah ia juga boleh membantu manusia untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik...dengan ertikata lainnya, ia adalah untuk membantu manusia menjadi khalifah Allah di bumi ini.

Rasanya kalau kesedaran ini boleh diberikan kepada setiap murid sekolah...mungkin mereka boleh memahami mengapa mereka perlu bersusah payah memahami sains dan matematik umpamanya. Kalau orang islam tidak melengkakan diri dengan ilmu geografi dan sains komputer (misalnya)...apa mungkin kita boleh memahami/ mencipta alat seperti GPS yang membolehkan kita, dengan mudah, mencari surau untuk kita bersolat? 

Justeru, cabaran yang mendatang bagiku adalah bagaimana untuk membangunkan bidang yang sedang aku selidiki dalam acuan atau dipandu oleh Islam?

Friday, March 22, 2013

Pilihanraya

Biasalah...dah dekat nak pilihanraya ni ramai pula yang berminat dengan politik. Ok...kalau kita nak mengundi apakah yang menjadi pertimbangan kita? Pemilihan kita berdasarkan calon atau parti yang diwakili calon atau mungkin calon bebas? Amalan aku over the years adalah:
 
First consideration adalah parti yang didokong oleh calon. Kenapa?
 
Kerana.....Parti adalah sebuah entiti yang mewakili prinsip yang hendak diperjuangkan dan ditegakkan apabila ia menang nanti.  Dalam sistem di Malaysia sekarang kalau kita tidak mewakili mana-mana parti (calon bebas) mana mungkin kita membentuk kerajaan dan memerintah (kecuali lepas dah menang kita 'lompat' ke mana-mana pihak yg boleh membentuk kerajaan----orang macam ini tiada prinsip---cuma menangguk di air keruh). Oleh kerana sistem ini maka kita perlulah memilih atas dasar parti manakah yang kita ingin melihat memerintah serta melaksanakan prinsip yang diperjuangkan di Malaysia. Kalau pegangan hidup adalah Islam, sudah tentu parti yang mendokong perjuangan Islam akan menjadi sandaran. Secara peribadi, atas asuhan dan didikan arwah Bak, aku amat alergik dengan perjuangan (serta orang-orang yang berjuang) berasaskan atau berselindung disebalik slogan "melayu, agama dan 'raja'". Mereka yang bergerak dengan slogan ini mempelopori  fahaman 'Melayu => Islam'. Aku rasa ramai yang cetek 'politik Malaysia' yang telah pun terpedaya dengan isu ini. Mereka yang menjaja perkara ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan menyatakan kalau orang Melayu 'hilang kuasa' maka Islam akan hapus di bumi Malaysia. Akan ramailah orang yang akan masuk Kristian dll. Kepada mereka ini aku cuma ingin bertanya. Sekarang ini siapa yang 'berkuasa' di Malaysia? Parti yang diwakili PM kita tu bukan ke parti Melayu? Lepas tu fikir pulak di mana letaknya penghayatan Islam di Malaysia? Berapa ramai bayi yang dibuang? Maksiat berleluasa....budaya hedonistik bermaharaja lela. Dan berapa ramaikah yang telah murtad? So, apa yang telah dibuat oleh pemimpin melayu itu? So...apakah benar kuasa Melayu => Islam?
 
Justeru perlulah balik kepada prinsip perjuangan parti. Pilihlah parti yang betul prinsipnya, yang telah lama berjuang untuk menegakkan hukum Allah dan yang akan membawa kita selamat di dunia dan di akhirat... insyaAllah.
 
Pertimbangan kedua yang sama pentingnya adalah calon. Ini penting kerana, mereka ini akan menjadi pelaksana prinsip. Kalau calon nampak macam ala kadar je maka kita pun mari berfikir juga...eh, boleh ke dia ni buat kerja nanti? Nantikan lompat apabila menang...satu hal lah pulak? Semua itu menjadi pertimbangan semasa memilih calon. Perlu diingat dugaan jadi calon ini bermula selepas hari penamaan calon. Akan adalah agen-agen pihak tertentu yang akan cuba membeli calon dengan pelbagai cara. Ada calon yang kena kidnap...malah ada calon yang disogokkan dengan wang tunai (satu briefcase...hi,hi,hi..) supaya berpaling tadah. Ini semua kisah benar dari arwah Bak. Pemilihan calon ini penting kerana apabila dia lompat dia akan bawa dengannya kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya (dalam sistem demokrasi di Malaysia). Justeru lepas diuji barulah boleh kata calon berwibawa atau tidak....tidak perlu mendabik dada dan claim Undilah "calon muslim berwibawa" seperti yang sedang dijaja ISMA melalui 'tagline' arus baru dan parti Berjasa yang 'dipinjam' untuk masuk pilihanraya. Semua ini..makes me wonder...apakah ini tindakan yang mencerminkan 'kewibawaan'? Selagi calon tersebut belum diduga atau diuji, siapalah kita untuk claim diri kita ini berwibawa?
 
Justeru, calon yang ingin diundi mesti dilihat sekali gus dgn track recordnya dan track record parti yang diwakilinya. Bak kata orang puteh....'calon comes and goes but the party is the one that stays'.
 
 
Pandangan di atas adalah berdasarkan senario politik semasa di Malaysia. Pada masa akan datang, apabila rakyat sudah semakin matang aku yakin 'political dynamics' akan berubah dan hujah di atas juga mungkin sudah tidak sesuai. Mungkin.
 
 
Harapan: Tidak lama lagi kita akan berpilihanraya....Rasa teringin sangat nak menikmati perubahan (atas pelbagai sebab ...'to experience a new and better world...sort of'). Kerajaan baru ini pula, kalau tidak perform akan diturunkan pula pada pilihanraya seterusnya....begitulah tindakan rakyat yang cerdik akal dan celik politik dalam sebuah negara maju.
 
Aku amat berharap pilihanraya kali ini adalah dalam bentuk 'satu lawan satu'....supaya kita ada real chance to see a different government in Malaysia. This is the strategy that was crafted over a few elections ago. It is a political strategy and I think it can work. Justeru apabila ada yang tiba-tiba nak kacau daun dan menghuruharakan strategi yang telah sekian lama dibina oleh pakatan pembangkang, maka aku menjadi amat kecewa. Aku berfikir sendirian..."masa ini lah kau nak kacau daun.....kalau dah sibuk sangat nak berpolitik...sokong ajelah salah satu group yang sedia ada....tak perlu kacau strategi yang ada.....KECUALI memang itulah sebenarnya tujuan mereka". Wallahulam.  
 

Tuesday, January 22, 2013

Pilihan....tepat atau tidak?


Hidup manusia pada setiap saat mesti membuat pilihan. Kiri ke kanan? Betul atau salah? Nak pergi ke tak nak pergi? Nak makan ke tak nak makan? Kalau nak makan apa yg nak di makan? Di mana? Pukul berapa? Semuanya perlu kepada satu keputusan. Lemahnya manusia terserlah pada waktu ingin membuat keputusan dan setelah keputusan diambil. Sebab itu ada lirik lagu...'walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan...mengapa sering terjadi pilihan tidak menepati...'
 
Kenapa pilihan atau keputusan sering tidak tepat? Pada hemat aku kerana adalah mustahil bagi manusia untuk mengetahui segala-galanya sebelum membuat keputusan...Allah sahaja yang maha mengetahui...kita manusia ini tahu sikit-sikit saja...Oleh sebab itu, satu petua yang diamalkan sejak dulu adalah untuk bertanya...ada pepatah mengatakan 'malu bertanya sesat jalan'...Ok...kalau nak bertanya pula sudah pasti ada kaedahnya dan hirarkinya. Untuk keputusan nak makan minum tu...orang kata 'tepuk dada tanya selera'...untuk keputusan nak pakai baju apa tu...orang kata 'tepuk dada tanya iman'...tetapi kadang kala dalam hidup ada keputusan besar yang perlu dibuat yang tidak mungkin dibuat secara individu. Contohnya keputusan nak beli kereta, rumah, nak pergi melancong, memilih kerja dll. Untuk keputusan jenis ini perlulah kita bawa berbincang dengan 'stakeholders'. Siapa 'stakeholders' kita? Kalau bab stakeholders ini...aku rasa stakeholders utama yang tidak boleh diabaikan langsung adalah keluarga. Ibubapa sebagai yang utama, suami/isteri untuk yang sudah berkahwin, diikuti adik beradik, mak sedara, bapa sedara dll. Orang kata 'more heads are better than one'. Lagi kompleks dan pentingnya sesuatu keputusan...maka lagi rumit dan komplekslah pertimbangan yang perlu dibuat. Lebih-lebih lagi keputusan yang melibatkan masa depan.
 
Terkini aku banyak dengar (almaklum kerjaya aku yang bergelumang dengan pelajar di menara gading) dan baca berita tentang kaedah mencari jodoh dalam talian (kalau google "cari jodoh online" aku boleh dapat lebih 8 juta hits). Caranya mudah saja, mereka yang ingin mencari jodoh isi borang dan submit. I suppose adalah 'matchmaker' yang akan menentukan atau menyenarai pendekkan mereka yang sesuai with each other. Kaedah sebegini tentulah banyak risikonya. Untung-untung dapat yang elok...kalau tak untung macam mana? Orang ni ada macam-macam...mustahil untuk kita kenal betul-betul (lihat
  
Agaknya zaman serba canggih ini mungkin that is one way to find a future husband/wife. Tetapi aku terfikir pulak...mana dia peranan ibubapa dalam hal ini? Kalau ikutkan, seorang anak perempuan yang masih dalam tanggungjawab ibubapa (malah bapa adalah walinya) tidak boleh tidak perlulah memohon keizinan ibubapa terlebih dahulu sebelum mengisi sebarang borang mencari jodoh. Apakah dalam soal yang begitu penting kita ketepikan ibubapa? Hatta kita nak pergi ke kedai pun ibubapa yang temankan, ini kan pula bab mencari jodoh. Sebagai ibubapa pula, kalau dah anak terasa ingin sangat untuk kahwin dan tiada calon (sekarang ini banyak juga kes macam ini), perlulah pula bawa berbincang dengan sanak saudara, untuk memilih calon yang sesuai. Masa ini lah gunanya sanak saudara dan sahabat taulan yang terdekat.
 
Fenomena (memang fenomena...kalau dah lebih 8 juta hits!!) ini membuat aku terfikir....apa yang mendesak mereka untuk mengisi borang dalam talian dalam usaha mencari jodoh? Lebih-lebih lagi kalau empunya batang tubuh itu masih muda; kalau dah 'tua' sikit tu aku fahamlah...biological clock dah nak 'mati'. Perbualan ku dengan anak-anak didik ku memberikan sedikit pencerahan. Yang pertama adalah 'pressure'; sama ada 'peer pressure' atau 'pressure dari keluarga' . Kita biasa dengar ungkapan di kalangan siswi (terutamanya) "eh, kita kalau tak dapat calon suami semasa di Uni, ni...nanti takut tak laku bila dah grad..'. For you people out there, listen, listen, listen (he,he,he...) 'please do not get married because of peer pressure'. Peer pressure ini menjadi semakin menekan apabila ramai pula di kalangan rakan sekuliah, serumah, se asrama dll yang dah berkahwin atau akan berkahwin. Ini membuatkan mereka yang masih tiada calon rasa ketinggalan dan ala-ala 'tak laku'...that is a big stigma to have on your shoulders!!Kalau calon dah 'tua' sikit...tekanan utama datangnya dari keluarga. Setiap hari membebel bila nak kahwin...umur dah lanjut etc.etc.etc. Bingit punya pasal, anak-anak mungkin terdesak untuk cari calon. Kadang-kadang fikir, ibubapa pun satu hal, kalau anak belum lagi ada jodoh...apasal nak pressure anak suruh/paksa kahwin...mungkinkah ibubapa pula rasa malu kerana stigma 'anak tak laku?' Hmmm....parents pun kena lebih matang dalam menangani isu ini. Mentang-mentang anak si polan dah kahwin/tunang kita pun sama nak pressure anak kita untuk lakukan yang serupa...apa tu?
 
Yang kedua adalah sebab untuk mendapat/mengejar 'pahala'. Ini rumit sikit untuk dihuraikan. Aku bab-bab seperti ini tak berani...nantikan ada pula yang dakwa aku beri amanat (he,he,he...). Hujah dosa/pahala ini aku dah dengar sejak tahun 70an lagi, masa aku di UK. Masa itu ramai yang kahwin muda untuk hindar dari buat dosa atau untuk raih more pahala. Ramai (perempuan mostly) yang tercicir dari pelajaran. Pada waktu itu aku fikir, mereka ini (yang tercicir) telah gagal melakukan tanggungjawab terhadap rakyat kerana mereka dibiaya oleh titik peluh rakyat...dosa ke pahala tu? Itu bukan hak aku untuk menjawab. Pahala hak mutlak Allah untuk berikan kepada hambanya yang beriman dan bertakwa dan berkahwin is NOT the ONLY WAY untuk dapatkan pahala atau redha Allah. Silap haribulan niat nak dapat pahala, tetapi apabila dah kahwin baru tahu berat tanggungjawab isteri/suami ...nanti tak larat nak bawa...nanti jadi suami dayus dan isteri nusyuz pula :(
 
Walau apa pun sebab...perlu diingat bahawa...there is a time and place for everything...tidak perlu rasa terkejar-kejar atau tertekan untuk kahwin (http://webblog.myjodoh.net/2007/11/29/bawa-bersabar-memilih-jodoh-dan-jangan-tergesa-gesa/). Apabila tiba masanya....dah 'kuch, kuch hota hai' bawalah berbincang dengan ibubapa...dengar pendapat 'stakeholders' and make an informed and concious decision.
  Wallahualam.