Showing posts with label Tok Ma. Show all posts
Showing posts with label Tok Ma. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

Ibu



Amat sukar untuk menyelami
Hati seorang ibu
Cakapnya berkias
Niatnya tersembunyi
Kekadang yang disebutnya lain
Yang dimaksudkannya lain
Kita yang perlu meneka dalam kesamaran
Apakah sebenarnya mesej yang ingin disampaikan?
Apakah sebenar yang merungsingkannya?
Apakah kata-kata yang ingin didengarinya?
Apakah maksud segala yang tersirat?
Justeru....renunglah ke dalam sanubari
Dan tafsirkanlah segalanya dengan mata hati
Pasti jawapannya menanti

Friday, September 17, 2010

Aidil Fitri 2010


Rasa sekejap saja masa berlalu. Sebulan berpuasa rasa macam seminggu. Masih belum puas aku merasakan nikmat Ramadan. Tahun ini Raya tidak semeriah biasa. Maklumlah Bak masih lagi terkesan dengan stroke yang dialami. Dia tidak lagi endahkan kemeriahan Raya. Tahun ini Bak tidak lagi sibuk untuk memberi duit raya kepada cucu-cucunya. Dia seolah berada dalam dunianya sendiri. Aidil Fitri tahun ini merupakan titik permulaan kepada usaha Ma untuk kembali kepada hidupnya yang normal. Dia bertekad untuk tinggal berdua dengan Bak di Terengganu. Dia kata dia tidak mahu tinggal bersama anak-anak. Dia hendak berdikari semula. Aku faham kehendak Ma. Dia wanita merdeka. Dia tidak bisa dibelenggu hatta oleh anak-anak sendiri. Ma memberitahu ku yang kini dia sudah berani. Mungkin sekarang dia telah menemui kekuatannya semula. Aku harap begitu. Kini setiap hari aku menelefonnya untuk bertanya khabar dan juga unutk menenangkan diriku. Sebenarnya aku risau akan keselamatannya. Tapi aku tidak mampu untuk memaksa Ma untuk tinggal dengan kami, anak-anaknya.