Wednesday, April 27, 2011

The things that he had taught me

From the alphabets of the Quran
to the tenets of socialism
I learnt it all from him
I learnt that people are created equal
and that justice is not meant for the elite few

He taught me that life is not about wealth
but it is about helping the poor
He showed me that life is not about status
but it is about serving the people
And as he always told me,
Life is about principles
and how to live by those principles

He might not have much
but what he had was priceless
His vision was clear
His ideals were uncompromised

Now that he is gone
I hope I will always remember
The things that he had taught me

Monday, April 25, 2011

Kau pergi jua

Berita diterima tanggal 20 April 2011, pada jam 8.30 pagi. Dalam sedu sedan Ma memberitahu bahawa Bak telah pergi buat selama-lamanya. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Itulah ucapan yang keluar dari mulut ku. Sesugguhnya Bak telah dijemput penciptanya...tidak awal dan tidak lewat walau pun sesaat. Begitulah ketetapan yang Maha Esa. Aku segera menelefon adik-adik seperti yang disuruh oleh Ma. Mega berada di sekolah Angah terus bergegas balik, sementara Yat di sekolahnya pun begitu juga. Saat menerima berita itu, fikiran aku bercelaru memikirkan cara tercepat untuk sampai ke sana. Sempat aku meninjau flight kot-kot ada yang masih boleh ditempah. Ternyata hampa. Setelah semua sempat kukumpul termasuk Fikri, kami pun bertolak ke KT. Pa memandu kereta mengalahkan Lewis Hamilton kerana bimbang tidak sempat untuk upacara pengkebumian. Sepanjang perjalanan aku menangis teringatkan Bak. Lebih-lebih lagi mengingatkan yang aku telah pun mengambil cuti panjang untuk bersama-sama dengan Bak dan sepatutnya pulang ke Terengganu pada hari Khamis. Ternayata Allah yang menentukan segala-galanya dan aku redha dan pasrah dengan ketetapan itu. Alhamdulillah kami sampai sewaktu jenazah sedang dimandikan. Selepas asar Bak disemadikan di perkuburan keluarganya bersebelahan dengan arwah neneknya. Itulah seperti yang telah diwasiatkan oleh Bak berulang kali sejak dahulu lagi. Kami sekeluarga bersyukur kerana dapat menunaikan permintaanya itu. Mungkin sebab itu Bak beria-ia hendak pulang ke Terengganu. Mungkin dia hendak mengucapkan selamat tinggal kepada semua saudara dan rakan taulan yang tidak putus-putus datang menziarahnya sebelum dia meninggal.

Semasa mendapat berita daripada Ma yang Bak telah meninggal aku terus teringatkan perbualan aku dengan Bak beberapa bulan yang lalu. Dia pernah memberitahu ku yang dia akan pulang pada hari Rabu. Apabila aku bertanya pulang ke mana dia menjawab...pulang ke rumah lah. Sekarang aku tahu rumah yang dimaksudkannya adalah rumahnya yang kekal abadi bukannya rumah di Terengganu.

Bak telah pergi tetapi kenangan terhadap dirinya akan kekal dalam ingatan. Semoga roh Bak dicucuri rahmat Allah dan semoga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.