Tuesday, November 9, 2010

Ibu



Amat sukar untuk menyelami
Hati seorang ibu
Cakapnya berkias
Niatnya tersembunyi
Kekadang yang disebutnya lain
Yang dimaksudkannya lain
Kita yang perlu meneka dalam kesamaran
Apakah sebenarnya mesej yang ingin disampaikan?
Apakah sebenar yang merungsingkannya?
Apakah kata-kata yang ingin didengarinya?
Apakah maksud segala yang tersirat?
Justeru....renunglah ke dalam sanubari
Dan tafsirkanlah segalanya dengan mata hati
Pasti jawapannya menanti

Wednesday, November 3, 2010

Sakinah dan Shukri


Sakinah

"Sakinah dan Shukri,
Tolonglah kemas rumah....basuh pinggan dan lipat baju
Tolong vaccum carpet dan tapis air untuk minuman
Nanti Mama balik dengan senyuman :-) "

Begitulah bunyi sms ku kepada Sakinah dan Shukri
Mereka berdua di rumah menikmati cuti sempena Deepavali

Balas Sakinah....

"Mama....Shukri tak nak tolong kemas rumah
Dia suruh Sakinah buat sorang2 :-( "

Itu memang jawapan standard Shukri apabila diminta buat kerja
Tapi biasanya dia akan buat juga....dengan caranya yang "slow and steady"

Aku balas mesej Sakinah

"Mesti sama-sama buat, nanti mama akan beli hadiah..."

"Yay! Belikan slurpee untuk Kinah....tak payah beli untuk Shukri", jawab Sakinah

Itulah dia Sakinah dan Shukri.
Sekejap lagi aku akan pulang ke rumah.

Shukri

Harap-harap aku kan tersenyum lebar melihat rumah ku yang bersih.

Monday, November 1, 2010

Bila hati telah terasa....

Kalau ada koala bear boleh jugak buat teman...
Kadang-kadang kita ni senang orang nak suruh, buat itu kita buat, buat ini kita pun buat...sebab apa? Biasanya kerana rasa tanggungjawab dan mungkin juga kita seronok. Kita ditolak ke tengah dan ke tepi kerana kita nampak macam tak kisah. Memang kita tak kisah pun. Sehinggalah tiba satu ketika apabila kita rasa orang dah 'take us for granted'. Sehinggalah tiba suatu hari kita rasa orang mengambil kesempatan di atas 'kebaikan' kita. Pada saat itu kita rasa macam kita ni seolah-olah tempat orang mengesat kaki....dipijak ikut suka hati...untuk membersihkan kaki orang lain....mana boleh jadi. Pada waktu itu kita rasa sedih dan marah bercampur baur. Kita terasa hati. Kini hati ini amat sukar untuk dipujuk.  Kini baru orang tahu rupa-rupanya pengesat kaki ini pun ada hati dan perasaan.