Monday, November 1, 2010

Bila hati telah terasa....

Kalau ada koala bear boleh jugak buat teman...
Kadang-kadang kita ni senang orang nak suruh, buat itu kita buat, buat ini kita pun buat...sebab apa? Biasanya kerana rasa tanggungjawab dan mungkin juga kita seronok. Kita ditolak ke tengah dan ke tepi kerana kita nampak macam tak kisah. Memang kita tak kisah pun. Sehinggalah tiba satu ketika apabila kita rasa orang dah 'take us for granted'. Sehinggalah tiba suatu hari kita rasa orang mengambil kesempatan di atas 'kebaikan' kita. Pada saat itu kita rasa macam kita ni seolah-olah tempat orang mengesat kaki....dipijak ikut suka hati...untuk membersihkan kaki orang lain....mana boleh jadi. Pada waktu itu kita rasa sedih dan marah bercampur baur. Kita terasa hati. Kini hati ini amat sukar untuk dipujuk.  Kini baru orang tahu rupa-rupanya pengesat kaki ini pun ada hati dan perasaan.

2 comments:

  1. betul tu ti, bila kita dibuat macam bola,ditendang ke sana-sini,terasa betapa x bergunanya diri ini...dan hati yg terluka amat susah utk sembuh,w/p lukanya baik, parutnya tetap ada!

    ReplyDelete
  2. Walau terasa macam mana pun...tetap kena hadapi juga!

    ReplyDelete