Penggal persekolahan akan bermula minggu depan. Nampaknya Sakinah n Shukri akan kembali ke sekolah semula. Rutin harian akan menjadi lebih sibuk lebih-lebih lagi apabila Sakinah berada di sesi petang sementara Shukri pula di sesi pagi. Peninglah kepala Papa menguruskan mereka berdua.
Cuti kali ini agak kurang seronok buat mereka berdua. Pertama kerana aku sendiri tidak dapat mengambil cuti panjang seperti selalu. Cuti tahunan ku cuma tinggal 2 hari sahaja menjelang Disember. Itu pun telah di simpan untuk kami sekeluarga pulang ke Kuantan menjengok Bak yang tidak sihat. Maka tinggallah Sakinah dan Shukri di rumah, menghabiskan masa mereka berperang sama sendiri 'in between' main game dan melihat facebook :)
Tapi aku beruntung...Sakinah dan Shukri amat bertanggungjawab melaksanakan kerja rumah. Kalau Sakinah cuci pinggan, Shukri akan basuh dan jemur pakaian. Sakinah akan pastikan air minuman sentiasa ada. Shukri pula akan vakum rumahku yang sentiasa berhabuk (setelah kena sergah dengan Sakinah, hi,hi,hi....)
Begitulah gelagat mereka berdua...penghibur hatiku di kala duka :)))
No comments:
Post a Comment