Friday, September 20, 2019

Malas atau rajin


Malas ialah suatu perkataan yang ramai alergik apabila mendengarnya. Baru-baru ini ramai yang marah apabila Tun M menyebut lagi tentang ‘kemalasan’ orang Melayu.

Apakah maksud malas?

Menurut kamus Dewan, malas bermaksud ‘tidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu’. Antara perkataan yang sinonim dengan malas ialah cuai, leka, berat tulang, lengah, lesu, lambat, enggan bekerja dan banyak lagi. 

Apabila Tun M sebut melayu malas, maka, mungkin kita kurang bersetuju dengan satu penyataan yang agak umum yang seolah2 memukul rata semua melayu. Betulkah semua melayu enggan berbuat sesuatu? Enggan bekerja? Atau semua melayu berat tulang? Apabila kita terjemahkan ungkapan Tun M menjadi persoalan2 seperti ini maka macam kurang logik tuduhan tersebut kerana pada hemat kita, ramai juga dalam kalangan orang melayu yang kelihatan tidak malas, sebagai contoh seorang nelayan yang dari awal pagi keluar ke laut mencari ikan demi untuk kelangsungan hidup.

Namun, cuba kita lihat pula isu ini dari sudut yang sedikit berbeza. Jika benar melayu bukan malas, maka logiknya melayu rajin.

Apa maksud rajin?

Rajin ditakrifkan sebagai bekerja atau berusaha dengan sepenuh hati. Antara perkataan yang sinonim dengan rajin adalah giat,bersungguh-sungguh, tekun dan gigih. Maka di sini timbul satu persoalan. Jika kita tidak bersetuju dangan andaian bahawa melayu malas, maka apakah benar melayu rajin? Iaitu, apakah melayu gigih dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu? Apakah melayu telah berusaha dengan sepenuh hati dalam merebut setiap peluang ekonomi, pendidikan dan bermacam lagi? Apakah melayu pada hari ini mempunyai daya saing yang kuat untuk turut sama membina negara dalam era 4IR? Atau kita masih redha dengan sifat ‘tidak apa’ dan ‘tidak peduli’ kerana kita melayu?

Pastinya jawapan kepada persoalan ini jelas kita ketahui jika kita jujur dengan diri kita sendiri. Kita sebenarnya belum capai tahap rajin.



Cabaran untuk kita

Ketahuilah bahawa cabaran yang mendatang bukanlah calang-calang cabaran. Persaingan yang akan dihadapi bukan lagi dari dalam Malaysia semata-mata. Internet memungkinkan persaingan wujud melalui satu klik tetikus. Justeru melayu perlu amalkan sifat bersungguh-sungguh dalam segala segi kehidupan. Bersungguh-sungguhlah kita  dalam mempelajari ilmu baharu, dalam berniaga, dalam bekerja, dalam bersukan dan lain-lain.



No comments:

Post a Comment