Friday, September 17, 2010

Aidil Fitri 2010


Rasa sekejap saja masa berlalu. Sebulan berpuasa rasa macam seminggu. Masih belum puas aku merasakan nikmat Ramadan. Tahun ini Raya tidak semeriah biasa. Maklumlah Bak masih lagi terkesan dengan stroke yang dialami. Dia tidak lagi endahkan kemeriahan Raya. Tahun ini Bak tidak lagi sibuk untuk memberi duit raya kepada cucu-cucunya. Dia seolah berada dalam dunianya sendiri. Aidil Fitri tahun ini merupakan titik permulaan kepada usaha Ma untuk kembali kepada hidupnya yang normal. Dia bertekad untuk tinggal berdua dengan Bak di Terengganu. Dia kata dia tidak mahu tinggal bersama anak-anak. Dia hendak berdikari semula. Aku faham kehendak Ma. Dia wanita merdeka. Dia tidak bisa dibelenggu hatta oleh anak-anak sendiri. Ma memberitahu ku yang kini dia sudah berani. Mungkin sekarang dia telah menemui kekuatannya semula. Aku harap begitu. Kini setiap hari aku menelefonnya untuk bertanya khabar dan juga unutk menenangkan diriku. Sebenarnya aku risau akan keselamatannya. Tapi aku tidak mampu untuk memaksa Ma untuk tinggal dengan kami, anak-anaknya.

2 comments:

  1. betul ti, ga pun terasa raya tahun ni tiada kemeriahannya...rasa sayu je hati melihat keadaan bak.

    harap2 ma dah boleh terima keadaan bak dan cuba menyesuaikannya, juga ma mendapat kembali keyakinannya...insyaAllah,samalah kita mendoakannya.

    ReplyDelete