Wednesday, November 3, 2010

Sakinah dan Shukri


Sakinah

"Sakinah dan Shukri,
Tolonglah kemas rumah....basuh pinggan dan lipat baju
Tolong vaccum carpet dan tapis air untuk minuman
Nanti Mama balik dengan senyuman :-) "

Begitulah bunyi sms ku kepada Sakinah dan Shukri
Mereka berdua di rumah menikmati cuti sempena Deepavali

Balas Sakinah....

"Mama....Shukri tak nak tolong kemas rumah
Dia suruh Sakinah buat sorang2 :-( "

Itu memang jawapan standard Shukri apabila diminta buat kerja
Tapi biasanya dia akan buat juga....dengan caranya yang "slow and steady"

Aku balas mesej Sakinah

"Mesti sama-sama buat, nanti mama akan beli hadiah..."

"Yay! Belikan slurpee untuk Kinah....tak payah beli untuk Shukri", jawab Sakinah

Itulah dia Sakinah dan Shukri.
Sekejap lagi aku akan pulang ke rumah.

Shukri

Harap-harap aku kan tersenyum lebar melihat rumah ku yang bersih.

1 comment:

  1. biasalah tu ti, kalu suruh wani,ira dan syu buat kerja...buatnya tidak, tapi 'perang mulut' mengalahkan perang dunia ketiga! tapi bila doh kena 'bom atom' dari maknya...semua diam n buat kerja..he,he...

    ReplyDelete