Wednesday, September 12, 2012

Nafsu

Dua hari lepas:
Terdengar satu ceramah menarik dalam Radio Ikim....tajuknya "Mengurus Nafsu". Kalau diikutkan biasanya kita hanya pernah dengar tajuk seperti mengurus masa, diri, harta dsbnya. Mengurus nafsu bunyinya lebih menarik dan bermakna. Penceramah membicarakan bahawa boleh dikatakan semua masalah yang berlaku hari ini seperti rasuah, jenayah, gejala sosial, isu muflis di kalangan orang muda, malah kemalangan jalan raya pun adalah berpunca daripada kegagalan manusia dalam mengurus nafsu. Justeru itu mengenali dan mengurus nafsu adalah amat penting untuk menjamin kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat.

Sehari-hari kita sentiasa berdepan dengan pilihan. Apakah pilihan yang dibuat merupakan pilihan yang 'betul'? Betul atau tidak pilihan kita itu bergantung kepada nafsu. Umpamanya dalam memilih apa yang hendak kita makan semasa sarapan. Nafsu makan kita berbisik ''...hmmm sedap nampak ayam goreng tu...kalau makan 2 ketul lagi best...". Tapi kalau kita boleh mengurus nafsu dengan baik, akal akan berkata "...isy...pagi-pagi hari lagi dah nak masukkan kolesterol dalam badan.....". Maka kita akan membuat pilihan yang wajar dan berjaya menundukkan nafsu makan tersebut. Begitu juga dalam memilih pakaian, membeli perabot, menghias rumah dan perkara-perkara lain yang kita biasa lakukan tanpa berfikir. Nafsu yang baik sepatunya boleh memandu kita untuk membuat pilihan yang baik.

Pagi tadi:
Kebetulan ibuku ada di rumah. Setiap pagi dia menonton Tanyalah Ustaz. Tajuk pagi tadi pun tentang nafsu. Kebetulan masa aku menonton Ustaz Hasan Din sedang meperihalkan tentang Rasulullah (s.a.w) yang hanya mempunyai seekor unta, tiga helai jubah dan tidak meninggalkan sebarang harta semasa baginda wafat. Jelas kehidupannnya tidak didorong oleh nafsu. Lantas Ustaz bertanya...bagaimana kita? Bolehkah kita mempunyai sifat zuhud dan qanaah seperti baginda?

Lantas aku berfikir, "....hmmm....kita tak cukup dengan sebuah tas tangan...mesti tiga....kasut mesti 5-6 pasang supaya matching dengan warna baju...baju dan tudung pulak kalau tidak satu almari tiga pintu tidak sah!....". Itu belum lagi dikira rantai dan gelang emas. Astaghfirullah!!

Tidak hairanlah manusia kini tidak berhenti-henti mencari duit untuk menyokong 'lifestyle' yang didokong oleh nafsu mereka.

Maka aku teringat tentang kata-kata Ustaz dari Ikim...dia berkata... kejatuhan empayar Islam berlaku apabila masyarkat Islam waktu itu gagal dalam mengurus nafsu mereka.

2 comments:

  1. Nasib baik kena sebijik je. Tadi ada lagi dlm tanyalah ustaz; kita kena didik dan kawal nafsu dengan akal berpandukan iman...payoh juga...sebab tu ramai yang tertewas dgn nafsu. Wallahualam.

    ReplyDelete