Monday, November 5, 2012

Berkorbankah kita?

Mungkin tajuk posting ini agak terlewat dari waktunya. Tetapi sejak "dua menjak" ini aku terpanggil pulak untuk membuat posting tentang perkara berkorban ini.

Berkorban .... satu perkataan senang diungkap tapi hakikatnya terlalu sukar untuk dibuat. Mungkin kita dah rasa yang kita ni dah berkorban macam-macam untuk ibu,ayah, suami, isteri, anak, rakan dan saudara mara dan mungkin juga organisasi tempat kerja. Tetapi..cuba fikir balik? Berkorbankah kita dalam erti kata sebenarnya berkorban tersebut? Iaitu berkorban demi Allah s.w.t.

Kadang-kadang kita berkorban wang ringgit dan masa untuk anak2....mungkin ada agenda...yalah...esok2 mungkin anak2 akan balas budi baik kita (kita berharap)

Kadang-kadang kita berkorban masa untuk menyiapkan tugas di pejabat....ya lah...nanti bos tengok ada peluang cepat naik pangkat

Kadang-kadang kita berkorban duit ringgit untuk sanak saudara...hai...untung-untung nanti mereka balas dengan hadiah yang bagus-bagus

Hmmm...cuba kita fikir ....berkorban ke tu?

Apakah itu dalam fikiran Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Ismail (a.s) sewaktu merelakan diri mereka untuk melaksanakan apa yang Allah perintah? Berat sungguh dugaannya. Kuat sungguh iman mereka. Apa pengajarannya dari episod korban tersebut? Pada aku:

1. Berkorban ini adalah satu perkara yang SUKAR. Kalau senang, itu tidaklah dinamakan berkorban.

2. Berkorban (untuk aku) maksudnya melakukan sesuatu yang kita memang tidak akan atau tidak mahu buat (atas godaan nafsu atau kerana bisikan syaitan) tetapi kita paksa (atau pujuk) diri kita untuk buat kerana itu adalah perintah Allah bukan untuk ganjaran apa-apa kecuali untuk memperoleh keredhaanNya.

Oleh itu, pada aku, apabila kita berdepan dengan dilema tentang apa yang perlu dilakukan maka...tanyalah diri sendiri,  "Apakah perkara tersebut disuruh oleh Allah?" Kalau memang itu yang dituntut oleh agama maka kita perlulah BERKORBAN masa, wang ringgit dan mungkin juga berkorban perasaan. Kita carilah jalan untuk melaksanakannya, kita ikhlaskan hati kerana Allah. Kalau rasa masalah itu sukar untuk diselesaikan sendirian maka bincanglah secara elok dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Kalau apa yang hendak kita buat itu mendapat tentangan dari pihak tertentu maka nasihatilah mereka dan ......aku percaya jika perkara itu adalah apa yang Allah suka maka sudah tentu akan ada jalannya....berikhtiarlah, berdoalah dan berkorbanlah.

No comments:

Post a Comment