Thursday, November 1, 2012

Kalori oh kalori

Pada suatu hari lebih kurang dua minggu yang lepas...semasa sedang 'keboringan' aku berdialog dengan Sakinah.
"Kinah...masa rasa mama nak dietlah"
Suamiku yang ketika itu sedang menonton TV pula menyampuk..." Tak payah...nanti susah pulak kena beli baju baru sebab dah kurus".
" Ish dia ni...tak beri motivasi langsung!", aku berkata dalam hati.
Sakinah pula menjawab ( sambil bermain dengan tablet Samsungku): "Hmmmm....". Sebenarnya dia dah boring juga dengar istilah diet yang keluar dari mulut aku tu.

"Kinah!!...Mama rasa mama nak dietlah", aku berkata lagi...kali ini volume suara 'naik' sikit.
"Agak-agaknya ada ke apps yang boleh kinah download ke tablet tu untuk kira kalori makanan?" aku bertanya.

" Ha! Mesti ada...nanti Kinah cari", jawab Sakinah.
"Amboi dengar je perkataan download...terus je beri respon", aku berkata dalam hati.
"Ok....carilah", aku berkata dan terus ke dapur.

Tak lama selepas itu Sakinah berjaya download satu apps yang bernama MyFitnessPal (siapa berminat boleh je layari www.myfitnesspal.com)  terus ke tablet Samsungku. Apps ini sangat berfaedah. Database makanannya cukup besar dan ia juga ada maklumat seperti berapa banyak kalori yang dibakar jika kita berjalan/duduk/berdiri/buat kerja rumah/memasak/ dll. Selain itu paparan penggunaan kalori harian dalam bentuk graf juga diberikan. Setelah kita mengisi data harian kita dan jika kita berjaya mematuhi kalori yang ditetapkan maka kata-kata semangat juga dipaparkan oleh apps tersebut (semua data aku diisi oleh Coach aku..a.k.a Sakinah :) ).

Maka bermulalah perjalanan diet ku dengan dibantu oleh Coach Sakinah (ala-ala Jillian dalam My biggest loser tu).

Semasa aku mula perjalanan ini aku sebenarnya agak skeptikal tentang keberkesanannya. Tetapi setelah 2 minggu, aku rasa ada manfaatnya. Manfaat utama bukanlah dari segi penurunan berat badan (sebab aku belum timbang dan aku rasa tak berapa turun pun...tapi at least tak naik!) tetapi aku lebih suka akan manfaat yang didapati dari segi 'ilmu kalori'. Maksud aku sekarang aku tahu yang sebiji roti canai tu mempunyai lebih dari 400 kalori!! 400 kalori ni kalau nak burn kena berjalan 5 Km (lebih kurang, kalau slow pace) !!! Apakah??? Nampak muka roti canai tu macam 'baik' je...rupa-rupanya banyak kalori tersembunyi.
Mee Bandung pula (one of my favourite breakfast) 600 kalori satu mangkuk. Nasi Beriani...tak usah cerita lah. Sebenarnya maklumat seperti ini telah ada dalam Internet, tetapi sebelum ini "ada aku kisah?"
Setelah menggunakan apps MyFitnessPal tu, sekarang aku lebih 'sedar' tentang keperluan kalori harian ku (jika ingin kekal sihat dan cergas dan mungkin lebih 'slim' sikit).  Aku juga menjadi lebih peka tentang tabiat pemakananku yang ternyata agak 'over' selama ini. Sekarang kalau makan apa2 mesti baca maklumat kalori pada bungkusan makanan. Contohnya, 2 keping Roti gardenia wholewheat tu lebih kurang 144 kalori. Coach Sakinah juga kini menjadi teman setia aku berjalan kaki di hujung minggu. Coach Sakinah agak 'strict'. Kalau tak pergi 'walkabout' pada hujung minggu dia mesti marah-marah. Kalau aku di pejabat dia akan bagi mesej mengingatkan aku supaya menulis semua yang dimakan. Dia juga yang pertama akan memuji ku jika aku berjaya menahan nafsu untuk makan kek atau makan berlebihan.

So...kepada rakan/saudara mara di luar sana...berhati-hatilah dalam hal makan ini. Kalau nak taram spageti tu ingatlah secawan spageti yang telah dimasak lebih kurang 220 kalori tambah dengan kuah pulak 100 calori (carbobara)...dah 320 kalori. Kalau dua cawan dah 640. Itu baru lunch...kalau tadi dah makan breakfast 2 keping roti canai....dah 800 kalori. Kalau keperluan harian kita hanya 1500 kalori, maka makan malam dan minum petang kita akan menjadi lemak dalam badan.

Hmmm...padanlah aku bulat seperti sekarang :(

1 comment:

  1. Bagus tu berjogging petang2 :) Seronok pun ada n dpt eratkan diri dengan anak2 pun ya...teringat masa berjogging dgn ida n angah di Taman Bandar dulu2...n masa bawa arwah bak ke sana utk memulihkan stroke bak. Bersemangat Bak sehingga dapat berjalan semula...alfatihah utk bak.

    ReplyDelete