Wednesday, October 16, 2013

Manusia, Khalifah dan STEM

Pagi tadi 'terserempak' dengan program di Astro Awani...wawancara dengan Prof Dato Dr Mohd Yusof Hj. Othman...isu Sains Teknologi dan Islam. Aku ni memang minat betul dengan Dr Mohd Yusof ni sejak aku mula kerja di UKM. Prof Mohd Yusof is a Physicist by training. Prof Mohd berjaya membangkitkan minat aku yang ingin sangat menghubungkan Islam dengan Sains Teknologi. So, pagi tadi sempat lah juga browse Internet untuk mendapatkan hasil karya/buah fikirannya ...dan terjumpa interview dengan majalah online, majalah sains:  http://www.majalahsains.com/2009/08/bangunkan-sains-dalam-acuan-islam-prof-dato-dr-mohd-yusof-hj-othman/

Antara yang menarik dalam interview online ini adalah kita tidak boleh hanya menekankan ilmu fardhu ain apabila bercakap tentang islam. Ilmu fardhu ain sudah tentu mesti dimiliki (dihayati dan diamali) oleh mereka yang mengaku islam, tetapi ilmu fardhu kifayah seperti sains teknologi juga sama pentingnya.Contohnya ilmu tentang pemprosesan/perawatan/pengurusan air...jika tiada yang belajar selok beloknya, iaitu sains dan teknologinya maka kita nak ambil wudhu macam mana? Nak minum air bersih macam mana? Aku setuju sangat bila dia (prof mohd) kata orang yang mengajar agama dengan hanya menekankan yang 'ain' dan tidak menghubungkan agama dengan kehidupan, mereka ini 'jadi sekular'.  


Jika dipetik sebahagian lain dari interview tersebut: "..... tujuan manusia diciptakan oleh Allah swt ialah untuk menjadi khalifahnya. Khalifah ini tidak boleh dilaksanakan tanpa ilmu pengetahuan iaitu sains itu. Bagaimana saya nak bela kambing, bagaimana saya nak bercucuk tanam dan segala-galanya, kalau tanpa sains? ..... Jadi, kita kena sedar, dalam konteks Islam, tujuan agama itu bukannya amalan-amalan ritual semata-mata. Dan, sebab itu, Islam tidak memisahkan amalan ritual dengan bentuk yang lain-lainnya. - See more at: http://www.majalahsains.com/2009/08/bangunkan-sains-dalam-acuan-islam-prof-dato-dr-mohd-yusof-hj-othman/#sthash.oDfUIfck.dpuf

Sikit sebanyak membaca tulisannya serta mendengar wawancara di Awani tadi berjaya merungkai beberapa kekusutan minda yang aku alami sejak akhir-akhir ini. Antara yang menjadi kerisauan di hati adalah apakah peranan aku sebagai 'pengajar ilmu bukan agama' ini 'dikira' sebagai satu ibadah? Apakah kebaikannya mengajar/menyelidik benda2 seperti itu? Apakah semua yang aku buat ini sia2 di sisiNya? Setelah dibaca baru aku faham sikit....ilmu yang cuba aku cari, fahami dan kemudian diajar memang bukannya fardhu ain, tetapi ia sama pentingnya kerana ia adalah untuk membantu manusia mengurus manusia lain; ia adalah untuk membantu manusia mengurus persekitarannnya, malah ia juga boleh membantu manusia untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik...dengan ertikata lainnya, ia adalah untuk membantu manusia menjadi khalifah Allah di bumi ini.

Rasanya kalau kesedaran ini boleh diberikan kepada setiap murid sekolah...mungkin mereka boleh memahami mengapa mereka perlu bersusah payah memahami sains dan matematik umpamanya. Kalau orang islam tidak melengkapkan diri dengan ilmu geografi dan sains komputer (misalnya)...apa mungkin kita boleh memahami/ mencipta alatan yang membolehkan kita, dengan mudah, mencari surau untuk kita bersolat? 

Justeru, cabaran kepada pendidik dan juga penyelidik adalah bagaimana untuk mengaitkan bidang STEM yang diajar atau diselidiki, menerusi lensa Islam?

No comments:

Post a Comment