Friday, December 28, 2012

6 Wonderful Lessons from 2012

Now that the year is closing down, I cannot help but reflect on the things that happened to me and around me. So, what lessons do I learn from 2012? Here goes:

1. The power of "doa". I always knew that doa is the muslims' all powerful weapon and the events of 2012 really made me realise its power and I am forever humbled and grateful for it.

2. Life is short. We all know this but always got carried away with worldy trivial issues. Since life is shorter than we know, we have to understand our role as "khalifah" and "hamba" Allah and carry out those roles to the best that we can whilst always asking Allah for guidance.

3. We must find our meaningful life. Worldly issues can make our lives very busy but quite meaningless. I have spent my share of nights wondering what on earth did I do with my time? I struggled to find and create meaning in my life. It is a continuous process but I am slowly realising that meaning in life comes from doing service to people---- 'hidup untuk buat kebajikan'.

4. Never take things for granted. Too many failed marriages and unhappy relationships were around in 2012. It made me realised that love has to be nurtured, everyday, every minute, every second. We must equip ourselves with knowledge about communication, family issues and responsibilities. We must be patient, tolerant and understanding.

5. Healthy eating and the power of exercise. Weight has always been an issue for me. This year I discovered that it is not about the weight but it is about a lifestyle choice. So, I decided to change my eating habits and become more active. Thanks to my daughter, we are now more aware about healthy foods, calories and exercise :-)

6. Life is full with 'small stuff'. I always get uptight over certain issues encountered in the office or elsewhere. Looking back I realize that they seemed overwhelming at the time, but not anymore. It made me realize that all my worries and anger were unnecessary. It was all 'small stuff' (for more of 'small stuff' visit one of my favourite authors at http://www.dontsweat.com/writings-from-richard-carlson).

Tuesday, December 18, 2012

Diet?

Nak jaga diet ni bukan satu kerja mudah. Kadang-kadang kita tergoda juga dengan juadah yang kita gemari. Silap haribulan niat nak makan sedikit.... sedar-sedar dah habis satu pinggan !!

Untuk mengelak dari 'terjerumus' dalam keadaan seperti itu, di antara petua atau 'tricks' yang boleh dilakukan adalah:

1. Jangan letakkan snacks dekat dengan televisyen...ini untuk mengelakkan kita mengunyah makanan ringan semasa menonton TV....INGAT snacks ada banyak kalori dan tidak mengenyangkan!!

2. Kalau nak snack juga...makan buah-buahan.

3. Untuk mereka yang jenis 'social eaters', elakkan duduk berbual di meja makan apabila sudah selesai makan. Ini akan menghalang kita daripada makan 'secara tidak sengaja'.

4. Sekarang ini zaman IT...kalau rasa macam nak makan tetapi sebenarnya tidak lapar atau baru saja lepas makan...apa kata kita masuk Internet sehingga 'gian nak makan' tu hilang.

5. Pastikan diri sentiasa aktif (kita kan kena jalan 10,000 steps sehari). Rajinkan diri buat kerja rumah instead of lepak tengok program TV dari pagi sampai malam.

6. Ada terbaca somewhere (dah lupa kat mana) yang otak kita mengambil masa 30 minit untuk memberi signal 'kenyang'...jadi, makan lambat2...jangan gelojoh...ikut sunnah Nabi (s.a.w), kunyah slow2 hingga 'lumat' makanan tu.

7. Kalau makan di luar, pesan separuh saja apa2 juadah yang hendak dimakan, atau share dengan anak yang sedang membesar yang memerlukan lebih kalori.

8. Elakkan memakan 'benda manis' selepas main meal...kerana 'benda manis' akan membuat kita rasa lapar semula.

9. Amalkan portion, 1/4 plate nasi (atau karbo lain), 1/4 plate protein dan 1/2 plate sayur-sayuran

10. Untuk penggemar roti, amalkan makan roti 'sihat'...seperti roti wholemeal, multigrain dsbnya. Selain mengandungi serat yang tinggi, roti ini juga membuat kita kenyang lebih lama (my experience lah).

11. Untuk mereka yang sering bermesyuarat, elakkan makan kuih semasa mesyuarat. Karipap atau kuih seri muka atau kuih kasturi tu banyak sangat kalorinya....kalau 2 biji boleh sama dengan sepinggan nasi atau lebih.

12. Dapatkan rutin atau formula anda sendiri...find out what works for you and not what people say will work for you. For example for me I have to eat a high protein breakfast so kalori breakfast tinggi sedikit jika dibandingkan dengan lunch and dinner.

Itulah dia sebahagian dari perkara yang boleh dijadikan panduan.

Yang penting adalah istiqamah. It is not how much weight you lose it is whether you can sustain a healthy lifestyle.

Niat kita dalam mengawal berat badan pun mesti betul. Janganlah untuk menunjuk-nunjuk susuk tubuh yang lebih menawan kepada orang ramai.

Kita berdoalah supaya dengan gaya hidup yang lebih sihat maka insya Allah kita lebih sihat dan boleh terus beribadat kepada Allah dengan sempurna. Amin.






Monday, November 19, 2012

Ibu dan anak

Di sudut itu
Ibu tua termenung
Menunggu berita
Menanti khabar

Persoalan demi persoalan
Menerpa minda
Bagaimanakah dia?
Selamatkah dia?
Sihat atau sebaliknya?

Nun di sana
Si anak semakin galak
Bersuka ria
Bergembira

Menjamu selera
Menikmati juadah
Bersama rakan
Kekasih dan taulan

Tiada terlintas
Di benak si anak
Akan kerisauan si ibu
Tiada terasa
Di hati sanubarinya
Akan kerinduan si ibu

Begitulah hakikatnya si ibu dan anak


Monday, November 5, 2012

Berkorbankah kita?

Mungkin tajuk posting ini agak terlewat dari waktunya. Tetapi sejak "dua menjak" ini aku terpanggil pulak untuk membuat posting tentang perkara berkorban ini.

Berkorban .... satu perkataan senang diungkap tapi hakikatnya terlalu sukar untuk dibuat. Mungkin kita dah rasa yang kita ni dah berkorban macam-macam untuk ibu,ayah, suami, isteri, anak, rakan dan saudara mara dan mungkin juga organisasi tempat kerja. Tetapi..cuba fikir balik? Berkorbankah kita dalam erti kata sebenarnya berkorban tersebut? Iaitu berkorban demi Allah s.w.t.

Kadang-kadang kita berkorban wang ringgit dan masa untuk anak2....mungkin ada agenda...yalah...esok2 mungkin anak2 akan balas budi baik kita (kita berharap)

Kadang-kadang kita berkorban masa untuk menyiapkan tugas di pejabat....ya lah...nanti bos tengok ada peluang cepat naik pangkat

Kadang-kadang kita berkorban duit ringgit untuk sanak saudara...hai...untung-untung nanti mereka balas dengan hadiah yang bagus-bagus

Hmmm...cuba kita fikir ....berkorban ke tu?

Apakah itu dalam fikiran Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Ismail (a.s) sewaktu merelakan diri mereka untuk melaksanakan apa yang Allah perintah? Berat sungguh dugaannya. Kuat sungguh iman mereka. Apa pengajarannya dari episod korban tersebut? Pada aku:

1. Berkorban ini adalah satu perkara yang SUKAR. Kalau senang, itu tidaklah dinamakan berkorban.

2. Berkorban (untuk aku) maksudnya melakukan sesuatu yang kita memang tidak akan atau tidak mahu buat (atas godaan nafsu atau kerana bisikan syaitan) tetapi kita paksa (atau pujuk) diri kita untuk buat kerana itu adalah perintah Allah bukan untuk ganjaran apa-apa kecuali untuk memperoleh keredhaanNya.

Oleh itu, pada aku, apabila kita berdepan dengan dilema tentang apa yang perlu dilakukan maka...tanyalah diri sendiri,  "Apakah perkara tersebut disuruh oleh Allah?" Kalau memang itu yang dituntut oleh agama maka kita perlulah BERKORBAN masa, wang ringgit dan mungkin juga berkorban perasaan. Kita carilah jalan untuk melaksanakannya, kita ikhlaskan hati kerana Allah. Kalau rasa masalah itu sukar untuk diselesaikan sendirian maka bincanglah secara elok dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Kalau apa yang hendak kita buat itu mendapat tentangan dari pihak tertentu maka nasihatilah mereka dan ......aku percaya jika perkara itu adalah apa yang Allah suka maka sudah tentu akan ada jalannya....berikhtiarlah, berdoalah dan berkorbanlah.

Thursday, November 1, 2012

Kalori oh kalori

Pada suatu hari lebih kurang dua minggu yang lepas...semasa sedang 'keboringan' aku berdialog dengan Sakinah.
"Kinah...masa rasa mama nak dietlah"
Suamiku yang ketika itu sedang menonton TV pula menyampuk..." Tak payah...nanti susah pulak kena beli baju baru sebab dah kurus".
" Ish dia ni...tak beri motivasi langsung!", aku berkata dalam hati.
Sakinah pula menjawab ( sambil bermain dengan tablet Samsungku): "Hmmmm....". Sebenarnya dia dah boring juga dengar istilah diet yang keluar dari mulut aku tu.

"Kinah!!...Mama rasa mama nak dietlah", aku berkata lagi...kali ini volume suara 'naik' sikit.
"Agak-agaknya ada ke apps yang boleh kinah download ke tablet tu untuk kira kalori makanan?" aku bertanya.

" Ha! Mesti ada...nanti Kinah cari", jawab Sakinah.
"Amboi dengar je perkataan download...terus je beri respon", aku berkata dalam hati.
"Ok....carilah", aku berkata dan terus ke dapur.

Tak lama selepas itu Sakinah berjaya download satu apps yang bernama MyFitnessPal (siapa berminat boleh je layari www.myfitnesspal.com)  terus ke tablet Samsungku. Apps ini sangat berfaedah. Database makanannya cukup besar dan ia juga ada maklumat seperti berapa banyak kalori yang dibakar jika kita berjalan/duduk/berdiri/buat kerja rumah/memasak/ dll. Selain itu paparan penggunaan kalori harian dalam bentuk graf juga diberikan. Setelah kita mengisi data harian kita dan jika kita berjaya mematuhi kalori yang ditetapkan maka kata-kata semangat juga dipaparkan oleh apps tersebut (semua data aku diisi oleh Coach aku..a.k.a Sakinah :) ).

Maka bermulalah perjalanan diet ku dengan dibantu oleh Coach Sakinah (ala-ala Jillian dalam My biggest loser tu).

Semasa aku mula perjalanan ini aku sebenarnya agak skeptikal tentang keberkesanannya. Tetapi setelah 2 minggu, aku rasa ada manfaatnya. Manfaat utama bukanlah dari segi penurunan berat badan (sebab aku belum timbang dan aku rasa tak berapa turun pun...tapi at least tak naik!) tetapi aku lebih suka akan manfaat yang didapati dari segi 'ilmu kalori'. Maksud aku sekarang aku tahu yang sebiji roti canai tu mempunyai lebih dari 400 kalori!! 400 kalori ni kalau nak burn kena berjalan 5 Km (lebih kurang, kalau slow pace) !!! Apakah??? Nampak muka roti canai tu macam 'baik' je...rupa-rupanya banyak kalori tersembunyi.
Mee Bandung pula (one of my favourite breakfast) 600 kalori satu mangkuk. Nasi Beriani...tak usah cerita lah. Sebenarnya maklumat seperti ini telah ada dalam Internet, tetapi sebelum ini "ada aku kisah?"
Setelah menggunakan apps MyFitnessPal tu, sekarang aku lebih 'sedar' tentang keperluan kalori harian ku (jika ingin kekal sihat dan cergas dan mungkin lebih 'slim' sikit).  Aku juga menjadi lebih peka tentang tabiat pemakananku yang ternyata agak 'over' selama ini. Sekarang kalau makan apa2 mesti baca maklumat kalori pada bungkusan makanan. Contohnya, 2 keping Roti gardenia wholewheat tu lebih kurang 144 kalori. Coach Sakinah juga kini menjadi teman setia aku berjalan kaki di hujung minggu. Coach Sakinah agak 'strict'. Kalau tak pergi 'walkabout' pada hujung minggu dia mesti marah-marah. Kalau aku di pejabat dia akan bagi mesej mengingatkan aku supaya menulis semua yang dimakan. Dia juga yang pertama akan memuji ku jika aku berjaya menahan nafsu untuk makan kek atau makan berlebihan.

So...kepada rakan/saudara mara di luar sana...berhati-hatilah dalam hal makan ini. Kalau nak taram spageti tu ingatlah secawan spageti yang telah dimasak lebih kurang 220 kalori tambah dengan kuah pulak 100 calori (carbobara)...dah 320 kalori. Kalau dua cawan dah 640. Itu baru lunch...kalau tadi dah makan breakfast 2 keping roti canai....dah 800 kalori. Kalau keperluan harian kita hanya 1500 kalori, maka makan malam dan minum petang kita akan menjadi lemak dalam badan.

Hmmm...padanlah aku bulat seperti sekarang :(

Wednesday, September 19, 2012

Hidup untuk mati

Sejak akhir-akhir ini aku sering dikejutkan dengan berita kematian. Sudah semestinya berita pemergian seseorang yang kita kenali akan menimbulkan rasa kehilangan dan juga kesedihan. Orang kata kita mesti sentiasa ingat akan mati. Sesungguhnya mengingati mati memberikan perspektif yang berbeza kepada kehidupan. Malah ada seorang penulis pernah menulis yang maksudnya lebih kurang begini "jika kita belum mengenali mati maka kita sebenarnya belum mengalami kehidupan". Tapi ada juga orang yang melihat atau menganggap kematian sebagai sesuatu yang 'morbid' atau sesuatu yang 'tidak perlu fikir'. Semoga kita tidak berada dalam golongan tersebut. Islam menyarankan kita supaya selalu ingat akan mati. Malah kalau berita kematian yang kita terima sedikit pun tidak berbekas di hati kita...maka dibimbangi hati kita telah menjadi keras dan mungkin tidak lagi boleh menerima hidayah. Na'uzubillah.

Apabila kita mati memang tiada gunanya rumah mewah tersegam indah...kecuali ianya telah digunakan untuk memberi perlindungan kepada rakan taulan semasa musafir dan dimakmurkan dengan majlis-majlis ilmu dan agama

Apabila kita mati tiada gunanya set Noritake yang tersusun rapi dalam almari antik....kecuali ia digunakan untuk menjamu kaum kerabat serta sahabat handai bagi mengeratkan silaturrahim.


Apabila kita mati tiada gunanya kereta mewah menjalar....kecuali dengan kereta itulah kita telah pergi ke masjid, menghadiri perjumpaan ilmu, mencari rezeki yang halal serta kebaikan lain.

Apabila kita mati tiada gunanya pangkat dan darjat....kecuali ia telah digunakan ke arah kebaikan umat manusia dan tidak digunakan untuk menghalalkan kemungkaran.

Apabila kita mati tiada gunanya anak yang segak bergaya serta cantik, berpelajaran tinggi atau pun kaya...kecuali mereka adalah anak-anak yang soleh yang sering berdoa untuk kedua ibubapa yang telah pergi.  

Apabila kita mati moga-moga apa yang kita kerjakan di dunia ini diterima sebagai amal soleh di sisi Allah s.w.t.

Wednesday, September 12, 2012

Nafsu

Dua hari lepas:
Terdengar satu ceramah menarik dalam Radio Ikim....tajuknya "Mengurus Nafsu". Kalau diikutkan biasanya kita hanya pernah dengar tajuk seperti mengurus masa, diri, harta dsbnya. Mengurus nafsu bunyinya lebih menarik dan bermakna. Penceramah membicarakan bahawa boleh dikatakan semua masalah yang berlaku hari ini seperti rasuah, jenayah, gejala sosial, isu muflis di kalangan orang muda, malah kemalangan jalan raya pun adalah berpunca daripada kegagalan manusia dalam mengurus nafsu. Justeru itu mengenali dan mengurus nafsu adalah amat penting untuk menjamin kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat.

Sehari-hari kita sentiasa berdepan dengan pilihan. Apakah pilihan yang dibuat merupakan pilihan yang 'betul'? Betul atau tidak pilihan kita itu bergantung kepada nafsu. Umpamanya dalam memilih apa yang hendak kita makan semasa sarapan. Nafsu makan kita berbisik ''...hmmm sedap nampak ayam goreng tu...kalau makan 2 ketul lagi best...". Tapi kalau kita boleh mengurus nafsu dengan baik, akal akan berkata "...isy...pagi-pagi hari lagi dah nak masukkan kolesterol dalam badan.....". Maka kita akan membuat pilihan yang wajar dan berjaya menundukkan nafsu makan tersebut. Begitu juga dalam memilih pakaian, membeli perabot, menghias rumah dan perkara-perkara lain yang kita biasa lakukan tanpa berfikir. Nafsu yang baik sepatunya boleh memandu kita untuk membuat pilihan yang baik.

Pagi tadi:
Kebetulan ibuku ada di rumah. Setiap pagi dia menonton Tanyalah Ustaz. Tajuk pagi tadi pun tentang nafsu. Kebetulan masa aku menonton Ustaz Hasan Din sedang meperihalkan tentang Rasulullah (s.a.w) yang hanya mempunyai seekor unta, tiga helai jubah dan tidak meninggalkan sebarang harta semasa baginda wafat. Jelas kehidupannnya tidak didorong oleh nafsu. Lantas Ustaz bertanya...bagaimana kita? Bolehkah kita mempunyai sifat zuhud dan qanaah seperti baginda?

Lantas aku berfikir, "....hmmm....kita tak cukup dengan sebuah tas tangan...mesti tiga....kasut mesti 5-6 pasang supaya matching dengan warna baju...baju dan tudung pulak kalau tidak satu almari tiga pintu tidak sah!....". Itu belum lagi dikira rantai dan gelang emas. Astaghfirullah!!

Tidak hairanlah manusia kini tidak berhenti-henti mencari duit untuk menyokong 'lifestyle' yang didokong oleh nafsu mereka.

Maka aku teringat tentang kata-kata Ustaz dari Ikim...dia berkata... kejatuhan empayar Islam berlaku apabila masyarkat Islam waktu itu gagal dalam mengurus nafsu mereka.

Friday, June 1, 2012

Lessons learnt


She was a brilliant student. She graduated top of her class. As fate would have it, she met and married her seemingly perfect (this is the term she used to describe him) husband. She told me that she has met her match. They were married after a short engagement and children followed soon after. Her husband was indeed perfect. He secured a job with a good pay and successfully climbed up the corporate ladder with ease. She was perfect too. She landed a nice job as a lecturer and finished her masters in record time. Together they blossomed. They had three perfect children and lived in a perfect bungalow in the outskirts. To me it was a marriage made in heaven. That is until one day she called me sobbing and asked me to go to her house. To make a long story short, she told me that they are now on the verge of a divorce. It seemed that she had been suffering from depression for over 15 years and is still on medication. Life for her had been one daily struggle after another. “Why had it turned out like this?” I asked. In her words “...he cannot see me past my face...he does not appreciate my ideas, he does not value my thoughts and the worst part is he does not seem to realize that those things matter to me....”. " Hmmmm....sounds like he is a male chauvinist p** to me"I said to myself. The irony of it is that while the husband is just inches away of fulfilling his lifelong ambition to head a multinational company....here they are inches away from a failed marriage.

Needless to say I left her house that day with a very heavy heart....and I told myself:

1.       Money is not everything...it definitely cannot buy love

2.       Communication and tolerance  is everything in a marriage

3.       Self esteem is very important...without it we will always be looking outwards for validation...and will end up disappointed just like my friend in the story who is always looking for her husband’s approval and validation which never came

4.       Depression can hit even the most stable of people (believe me, my friend is a rock....and yet she succumbed)

5.       It is important to view and treat people with mental health problems (like depression) just like we do people with other physical (visible) illnesses....they need our understanding and support

6.       Men can be so beastly at times L

Tuesday, May 29, 2012

Cuti sekolah

Perbualan telefon menjelang cuti sekolah.

Mama: Cuti sekolah ni tak balik kampung ke?
Anak: Tak bolehlah Ma, budak-budak ni ada kelas tambahan sehingga hari Khamis, lepas tu saya pulak ada banyak meeting minggu berikutnya .
Mama: Kalau macam tu tak apalah...nak buat macam mana...
Anak: Ma datang sini je lah, boleh bawak jalan-jalan hujung minggu
Mama: Malaslah Ma nak pergi rumah kau...kau bukannya ada di rumah, balik pun petang-petang hari. Bosan Ma seharian seorang diri dalam rumah kau tu....macam penjara
Anak (dengan nada yang sedikit marah): Kalau macam tu apa nak buat...bukannya saya tak ajak datang ke rumah...Ma yang tak nak
Mama (dengan nada yang kecewa): Tak apa lah, Ma boleh duduk sorang2...insyaAllah tak apa.

Mama letak telefon. Hatinya sedih....fikirnya Anak tidak kisahkan dia lagi. Anak tak mengingati dia lagi. Hati Anak pula bercampur baur antara marah, kesian dan rasa bersalah.

Anak-anak Mama
So, macam mana ek? Hmmmm.....setelah difikir-fikir dan setelah aku letakkan diriku di tempatnya, dapat ku rasakan kesunyian yang melanda diri Mama. Aku juga faham yang Anak pula ada tanggungjawab, sama ada di rumah atau pun di tempat kerja yang perlu dibereskan. Itu pun penting juga. Tetapi, setelah dicongak kiri dan kanan dan dikira atas dan bawah, aku fikir hal ehwal Mama lebih utama dan penting. Masa cuti begini perlu dimanfaatkan untuk berada bersama dengannya....haisy....kalau nak ikutkan meeting tidak akan habis, kerja tidak pernahnya sudah....tapi Mama hanyalah satu-satunya...tiada dua, tiada pengganti...justeru pikir-pikirkanlah wahai Anak...carilah peluang dan ruang untuk Mama, kalau tidak di musim cuti sekolah, maka carilah di waktu lain. Berkorbanlah demi Mama sama seperti dia telah berkorban untuk Anak semasa kecil dahulu.



Friday, May 25, 2012

Barbie vs Naruto

Suatu petang, di hujung minggu....Sakinah sedang menikmati rancangan kartun kegemarannya...kalau tak silap salah satu cerita dalam siri cerita Barbie. Sedang dia seronok tersenyum dan asyik menikmati animasi Barbie yang ternyata sungguh menarik itu....tiba-tiba Shukri  (yang baru pulang dari rumah kawannya)  merampas remote control dari Sakinah sambil berkata, "Isy...apa ni tengok cerita tak matang macam ni....". Sakinah terkejut tetapi dia tak marah....mood dia agak baik pada hari itu. Shukri kemudian dengan selambanya menukar channel. Aku ingatkan dia nak tengok cerita yang lebih 'matang' rupa-rupanya dia tukar ke channel yang menayangkan cerita 'Naruto' !!

Wednesday, May 23, 2012

Emosi Piala FA

Tahun ini semuanya teruja kerana buat kali ke tiga Kelantan ke aksi final Piala FA. Lawannya adalah Sime Darby, kelab dari Liga Perdana. Bermacam aksi menjelang dan semasa final dalam keluarga ku yang, bak kata Sakinah, " Haisy...keluarga ni keluarga gila bola lah!":

Sejak awal pagi lagi suamiku sudah bersemangat untuk ke Stadium. Tiket telah dibeli. Oleh kerana belum ada peluang lagi untuk beli baju rasmi red warriors...pakai ajelah 't' shirt merah. Jam 5 ptg dah bertolak ke stadium dengan kawan-kawan seangkatan. Aku berpesan " kalau nampak macam nak kalah...baik balik aje...awak tu tiap kali gi SNBJ ... mesti Kelantan kalah". Suami ku marah,  " Aisy....mesti menang punyalah...lawan Sime Darby je"..." Apa...ingat Sime Darby tu koman ke?" aku berkata. Rasanya kata-kataku itu tidak sempat dia dengar, kerana sekelip mata je dia dah naik kereta dan keluar dari perkarangan rumah.

Menjelang jam 6 petang...Shukri bertanya.."kita makan apa malam ni?" "Eh...nasi kan ada", aku kata. "Alah...Final FA mesti makan sedap-sedap sikit", sambung Shukri. "Habis tu...nak makan apa? Bolehlah kot kalau nak makan snek masa tengok bola", termakan juga aku dengan alasan Shukri tu.
"Pergi panggil Abang...suruh dia pergi beli Dominos Pizzalah", kata ku. "Yay!! " kata Shukri.

Pukul 8 malam, TV dipasang pada Channel 801 Astro Arena. Semua dah siap mandi dan solat....nasi dah makan...pizza dah ada. Mak oi...ramai nya penyokong TRW ....sampai merah SNBJ. Bunyi bising yang teramat sehinggakan suara pengulas Zainal Abidin kedengaran sayup-sayup. Anak-anak ku dah tak sabar menunggu sepak mula. Sementara itu sekeping demi sekeping pizza dimakan. "Hai...bola belum lagi mula...pizza dah nak habis..." aku berkata. " Shukri dan Fikri tersengih aje. Begitulah gelagat anak-anak lelaki. Sakinah pula lain ceritanya. Dia, kalau Kelantan lawan bola akan seram sejuk kaki dan tangannya...bimbang Kelantan kalah. Sakinah peminat setia Apex. Kalau Apex terlompat atau terbaring untuk selamatkan gawang dari dibolosi...ayat yang dia akan sebut adalah "Kesian Apex...defenders lain buat apa?"

Separuh masa pertama aksi agak slow...Sime Darby menggunakan formasi yang agak defensive...tidak banyak menyerang. "Alah guna strategi Chelsea masa lawan Barca semasa Liga Juara2...tak bestlah", komen Shukri mengenai taktik Sime Darby. Walau pun begitu ada juga serangan2 dari Kelantan yang boleh menghasilkan gol...tapi belum ada rezeki. Masuk separuh masa ke dua aku pulak jadi gusar. Haisy....bila nak score ni? Aku dah tak senang duduk...sekejap bangun pergi masak air....sekejap pergi basuh pinggan. Tiba-tiba Obinna dijatuhkan....Kelantan dapat penalti! Seronok Sakinah dgn Shukri. Fikri seperti biasa...cool aje. Entah apa yang berlegar di benak fikirannya. Masa Ghaddar ambil sepakan penalti, aku memang tak boleh tengok...bimbang tak masuk seperti yang berlaku semasa Mat Yo ambil penalti pada perlawanan sebelum ini. Aku sembunyi di dapur. Shukri menjerit suruh aku tengok..."Alah mama, mesti gol punya...Ghaddar ambik". Betul tekaan Shukri. Kelantan berjaya membuat jaringan. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat masa perlawanan.
siapa yang akan menang?

Selepas perlawanan dapat panggilan dari suamiku yang menyatakan keadaan lalulintas yang berasak-asak untuk keluar dari kawasan stadium. Dia tiba ke rumah agak lewat. Macam-macam cerita yang dibebelkan kepadaku setiba di rumah. Perihal pemain Kelantan yang menjemput TSAM turun ke padang untuk sama2 berarak dengan piala pun ada. Tapi, walau pun seronok dengan kemenangan, nampaknya suami ku masih tidak puas hati kerana dia kurang gemar dengan cara permainan Kelantan yang nampak 'kurang usaha' untuk menambah jaringan.

Itu cerita Piala FA. Malam ini ada perlawanan di antara Kelantan dengan Terengganu, untuk saingan peringkat AFC.  Hmmmm...ini dilemma sikit...aku org Terengganu...perlu sokong Terengganu ke?

Sakinah dan piramid

Sakinah: Kalau mengikut piramid makanan, makanan apa yang kita boleh makan dengan banyak
Mama: Entah....sayur-sayuran dengan buah-buahan kot
Sakinah (dengan bangganya): Salah! Kita boleh makan nasi dengan banyak sebab ia terletak di paras paling bawah dalam piramid
Mama: Eh...bukan sayur-sayuran ke?
Sakinah: Sayur-sayuran dan buah-buahan paras ke dua dalam piramid
Mama (agak konpius): Mana boleh makan nasi banyak-banyak...nanti obesiti dan kencing manis...
Sakinah: Habis tu Sakinah belajar macam tu dalam buku sains
Mama: Kalau macam tu...betullah cara pemakanan mama...makan nasi banyak...patutlah badan mama pun dah macam piramid...kecil di atas...besar di bawah...kikikiki....
Sakinah: Mama ni...ada-ada je...
Mama (masih ketawa): Kena tukar lah buku tu....macam tak betul je ....

Monday, May 21, 2012

Conversation with my son



One fine evening...just for the sake of idle chit chat.....

Me: How do we know that someone is showing off by the things that they do?

Son: Of course you can

Me: How? For example, if someone post on FB a new thingy that they just bought ....is that showing off?

Son: I would consider it as such

Me: But are you sure?

Son: Yup!

Me: 100% sure?

Son: Actually Mama a lot of people around us, us included, are actually “show offs” or potential show offs...

Me ( I hope I am not one of ‘those people’): Why do people show off then...?

Son: It is human nature....for validation...to make them feel important...to make other people (the don’t haves) think that they ( the haves’) are important...that they matter...human nature

Me (still not satisfied): But how do you know for sure that they are showing off...for all you know they are just doing it for no good reason?

Son (being very contemplative and serious): The most important thing here is not whether they are showing off or not. The important thing here is to ask yourself why does it make you agitated or angry? So, if someone posted something that they have just bought...why must you think such and such... I mean does it matter? Why does it matter to you? You should dig deep and find out what is it about you that got to be so disturbed by what others do especially when it does not even concern you.....

Me (trying to digest all that and thinking...how does this conversation ended up to be about me?): Yup...that also bothers me...why does it matter to me? Why does it bother me? Hmmm

Suddenly idle chit chat is not so idle anymore...

That is my conversation with my son...who is always thinking and has this view about how things should be and who always managed to make me feel very inadequate most of the time!

Thursday, March 29, 2012

Mok yang kukenali

Tanggal 14 Mac 2012, seorang lagi permata di hati kami sekeluarga telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya.
Khabar berkenaan kesihatan Mok yang dikatakan agak merosot telah diberitahu oleh abang ipar ku  pada tengah hari 13 Mac. Suamiku pada waktu itu ingin pulang segera tetapi masalah tiket telah menghalang niatnya. Dia bertolak balik ke KBR pada pagi rabu dan tiba di rumahnya beberapa minit setelah Mok pergi.
Mok telah dijemput Ilahi setelah hanya dua hari diserang demam. Begitulah ketentuanNya. Mok adalah ibu mertuaku. Mok seorang yang tidak banyak karenah dan seorang yang pemurah. Hidup masa muda Mok serba kekurangan. Dia menyara hidup keluarga dengan membuat keropok dan kerja kampung. Namun begitu satu perkara yang aku kagum dengan Mok adalah sifatnya yang suka menderma duitnya terutama kepada kanak-kanak. Mok pernah berkata kepada ku bahawa duit yang dia dapat adalah untuk dikongsi, supaya manfaatnya boleh dirasai ramai. Itulah dia Mok. Walau pun dia tidak punya banyak harta tetapi hatinya kaya.

Semoga roh Mok dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan hamba2Nya yang soleh.
al-Fatihah buat Mok.

Thursday, February 9, 2012

Pelayaran yang dinamakan kehidupan

Tiada diduga begini jadinya
cintanya hilang ditengah jalan
tiada disangka begini sudahnya
sebuah pelayaran yang dinamakan kehidupan

Mulanya dengan penuh kegembiraan
bagaikan merpati sejoli bergandingan
sehidup semati menjadi angan-angan
seolah berada di atas kayangan

Diharapkan sinar mentari berpanjangan
rupanya mendung menyelubungi harapan
Diimpikan cahaya kebahagiaan
rupanya nestapa yang bertandang

Di mana silapnya
di mana kurangnya
siapakah yang alpa
siapakah yang lalai

begitulah persoalan
satu per satu dihurai dan dilerai
namun jawapannya kekal tiada
disimpul mati rapi disembunyi
dalam pelayaran yang dinamakan kehidupan